Wednesday, December 31, 2008

SERIUS NAK BERJIMAT?

Kos penyenggaraan (maintenance) kereta nasional Proton Perdana V6 sangat mahal dan tidak munasabah dan sering rosak. Demikian kata orang politik di Perak dan beberapa negeri lain. Aku tak tau sebab aku pun tak pernah pakai Perdana V6.


Proton Perdana V6

Toyota Camry lebih kos efektif dan kualitinya terjamin. Ada jaminan sekurang-kurangnya 3 atau 5 tahun daripada gergasi permotoran dunia itu. Bukan kereta nasional sudah tentu. Aku tak tau sebab aku pun tak pernah pakai Toyota Camry.


Toyota Camry

Begitulah pertikaian mereka-mereka atas dasar alah membeli menang memakai. Banyak isu yang boleh diketengahkan. Isu patriotisme, isu kos overhead maintenance kereta dalam jangka panjang, isu imej wakil rakyat tercalar kerana tak boleh melawat kawasan sebab kereta selalu rosak dan yang paling aku berminat, dapat menjimatkan wang kerajaan negeri daripada terbazir untuk membaiki kenderaan yang kerap rosak katanya. Aku tak sentuh isu kereta tu cantik atau tak cantik sebab kecantikan adalah subjektif.

Kalau benar bagai dikata hendak menjimatkan wang kerajaan negeri daripada terbazir, kenapa mesti Toyota Camry? Kenapa tidak kenderaan yang lebih murah seperti di bawah? Bukankah lebih menjimatkan?


Perodua Kancil

Aku tidak berniat menyinggung perasaan pengguna Kancil tapi ini hakikat bahawa Kancil memang sebuah kenderaan yang kos efektif sebab aku juga pernah menjadi pemandu kereta Kancil. Untuk testimoni lebih hebat, sila rujuk adik ipar saya kerana beliau adalah pengguna Kancil tegar.

Jadi, adakah mereka ini benar-benar serius hendak berjimat? Tepuklah apa-apa yang berhampiran anda kalau taknak tepuk dada; tapi yang penting, tanya akal.


Nota: Aku pun tak pakai kereta nasional sekarang, tapi aku tak bagi alasan yang mengarut kepada rakyat.

2 comments:

me3n said...

ku akan terus pakai kancil sampai at least 2015. ingat neh hehehe.

pye:rudz said...

sebab ko nak kawin dulu? kehkehkeh...