Tuesday, December 2, 2008

HERE'S TO LAST NIGHT


Semalam, aku, Raddy dan Huzaimi (my best childhood friends) dan isteri masing-masing berkumpul untuk makan malam. Ya, makan tersebut memang betul-betul malam iaitu pada pukul 1030 malam.

Kami berkumpul di rumah Raddy dan Yati sementara menunggu Huzaimi dari KLIA hantar adik dia dan sebab dah dekat dengan opis aku. Aku dan Shidah sampai dalam pukul 8++ chenggitu kat rumah Raddy. Sembang punya sembang punya sembang, dalam 930 malam baru Huzaimi sampai dengan Alin (bininya yang 11 minggu mengandung). Memang patut tak boleh bawak kereta laju-laju pun.

Pikir punya bincang punya pikir punya bincang, kitorang settle down kat Yankies Hut (kahkahkah takde nama lain ke?) untuk makan. Aku memang betul-betul lapar sebab satu hari aku tak makan nasik!

Makanannya ok je lah pada aku, service hancus - waiter dia semua hati panas je aku tengok, mana taknya, ambik order macam nak bergaduh! Nasib baik tempatnya mempunyai environment yang menarik. Tapi menurut pengamatan aku, time siang mesti tak lawa, time malam je nampak lawa hahahaha. Kalau ditanya aku nak datang lagi ke tak, sincerely, entah bila.

Makan tetap makan sebab aku lapar kan? Tapi yang lebih best sebab itulah first time kitorang bertiga (sahaja) berkumpul dengan bini masing-masing untuk makan, bersembang, bergelak dan bersembang sampai aku lupa yang aku sangat penat dan masih memakai baju kerja.

Entah bila lagi nak dapat berkumpul macam semalam, entahlah.

Thank you geng!

Nota: Itulah gambar ikan Talapia yang kat atas tu.

6 comments:

me3n said...

mmg best bila dpt jumpa skulmet lama yg sekepala. tp aku pernah jumpa skulmet lama yg tak sekepala ehehe.

Najwa Aiman said...

Okey... jeng jeng jeng... being nostalgic. That's the first sign! Ekekekeke...

pye:rudz said...

adeck: ini kengkawan kamcheng dari aku skolah rendah nih... itu yang seronok tuh...

najwa aiman: the first sign of getting old you mean? kehkehkeh... i dont even mind bro... so long that i'm happy, i'll be fine then insyaallah.

Anonymous said...

rindu kt korang la..
raddy dh ada baby ke??..
ko bp anak dah?
kem salam la sume..

pye:rudz said...

ezzy: aku tengah tunggu no.1 yang dijangka tak lama lagi insyaallah, raddy sedang berusaha, bini huzaimi baru 11 minggu, fudzah dah 2, amiza & harmila still solo.
kau balik malaysia rogerlah aku ke raddy ke.

Anonymous said...

wahh hebat huzaimi..radi masih berusaha ke?
usaha tangga kejayaan ekeke..
insyallah..blm ada plan la waktu tedekt ni..
cmna aku nk kontek ko? email plsss..