Thursday, February 12, 2009

DSLR

Digital Single-Lens Reflex (DSLR) Camera.


Canon EOS 40D

Adik aku ada sebijik kamera DSLR nih. Canggih? Entah. Aku tau petik je. Gambar cantik ke tidak masing-masing punya seleralah kan? Tapi yang nyata, resolution DSLR nih memang mantap lah berbanding kamera digital kecik aku. Dan DSLR juga berkemampuan menangkap gambar mengikut imaginasi kita dengan syarat kau tau menggodek function-function kamera dan faham hukum-hakam fotografi serba-sedikit. Kebolehan menyunting gambar dalam Photoshop juga satu kelebihan.

Kebelakangan ni juga ramai kawan-kawan aku yang semacam berminat nak jadi photographer. Gila! Mahal tu sebijik DSLR yang bagus. Raddy dah lama ajak aku join dia bisnes amek gambar nih. Aku terpaksa menolak sebab faktor masa dan kemalasan. Tapi alhamdulillah bisnes beliau nampaknya ada banyak progress.

Adik aku akan bertunang dengan orang Gerik, Perak hari Sabtu ni. Selalunya aku akan guna kuasa veto abang sulung untuk memaksa beliau amek gambar majlis. Tapi ini kali, aku yang terpaksa jadi tukang amek gambar. Weekend itu ari sempatlah aku crash course guna DSLR dia. Best jugak. Pantas betul lens shutter dia. Hasilnya, dapatlah aku snap moment yang selalunya gagal ditangkap oleh kamera kecik aku. Modelnya dah tentulah anak aku, Mikael.

Lepas gambar Mikael, gambar pokok. Lepas gambar pokok, gambar kunci. Lepas gambar kunci, gambar kipas. Pendek kata, dari dalam rumah sampai luar rumah lah aku testing kamera berat tuh. Best jugak menatang nih, getus hati aku.

Sabtu ini akan jadi medan ukuran sama ada aku berbakat/berkebolehan ataupun tidak dalam mengambil gambar menggunakan DSLR. Aku jugak bercadang nak mengasah balik bakat berhabuk Photoshop aku. Lama gila tak godek.

Heh, berani jugak adik aku pertaruhkan abang dia yang berstatus amatur pun ntah untuk amek gambar majlis tunang dia, hahaha...

13 comments:

Najwa Aiman said...

Haaaa...! Gambar-gambar yang biasa beta petik semasa majlis sebegini pun jangan le lupa snap alang-alang dah ada kamera canggih kat tangan tu atu! Fokus baikkkkk punye tau! Pastu forward... Eheks!

raddy said...

hahaha... mesti buleh punya.. ada beza sebenarnya shots orang2 yang ada 'art sense' berabuk macam kita ni (cewah..) banding dgn orang biasa yang belajar camera & belajar amik gambar.. pada mata aku la... nak terangkan susah...art! heheheh..

Try google up "rule of the third" / RO3... one of the basic & simplest rules to make your shots interesting.. simple jer, sempat kot nak master sebelum sabtu ni.. kalau ok, buleh la belajo rule lain plak.. hehehe

Good Luck!

pye:rudz said...

najwa aiman: baiklah. jika ada ayam mahupun kucing yang berkeliaran akan cuba saya rakamkan. eh, bukan gambar haiwan ke? hahaha...

raddy: bagus jugak tip kau tuh. nanti aku coba google.

raddy said...

nah aku bagi link lagi senang.. check it out..

http://digital-photography-school.com/rule-of-thirds

nanti dah amik gamba, post kat sini.. kita tengok reramai..

kookabooras said...

bro, da kene racun DSLR ke? kalu utk beginner and bajet x seberapa, aku suggest amik Nikon D60+kit lens. baru Rm2300. Canon pon ok gak 1000D harga die Rm1899 + kit lens. kalu nak yg intermidiate, angkat Nikon D80 = Rm3400 or canon 450D = Rm 3000. aku pn baru je belaja DSLR ni. nak tgk hasil aku gi la kat flickr aku:

www.flickr.com/photos/kookabooras

pye:rudz said...

raddy: dengan pantas aku dah create link ke site tersebut

kookabooras: kena racun dah lama dah dengan si raddy nih. esok punya hal kes terpaksa bro hahaha

Lynn said...

Ala, bertunang je. sebab tu adik kau berani. Hahahaha

But kalau hasilnya memuaskan, sure dapat job untuk wedding pulak hehe

Anonymous said...

haaa.. apa lagi along...!! cepat la upload gamba aleng betunang tu. hehehe.. nak gak tgk bakal isteri aleng tu haa..!! yeahh! dan lagi nak gak tgk hasil tangkapan along hamek gamba aleng. !! tata.. mari tangkap saya.

pye:rudz said...

lynn: haha tulah... rasanya tak berapa memuaskan hati

anonymous: sapa pulak yang tak berani tulis nama nih?

nasazfrog... said...

perghh dpt sebijik kamera nih mmg best lah... bleh buat duit tuh janji klu minat mmg beli punye.. :)

pye:rudz said...

nasazfrog: memang best. tapi adik dah ada, pinjam sudah.

Kotak Keranda said...

eh alamak along.. sori la. bukan tak nak tulis nama tapi ter'enter'..lalu ter'submit'..mcm gitu la. nanti upload gamba aleng ek..bye..

pye:rudz said...

kotak keranda: cheh, ingat sape tadi. dah upload dah, tengok puas2. takleh banyak2 nanti sebu belog nih kehkehkeh...