Monday, April 13, 2009

POKOK KELUARGA



Setelah beberapa lama bernafas di muka bumi ini, ada sesetengah benda yang aku baru tau. Sebagai contoh: Tok adalah panggilan untuk datuk atau nenek bagi sesetengah keluarga.

Tok Wan: Nenek. Wan = Perempuan.
Tok Ki: Datuk. Ki = Lelaki.

Aku tak ada Tok Wan atau Tok Ki. Aku cuma ada Tok, Opah, Datuk dan Nenek. Tapi keempat-empatnya sudah tiada. Al-fatihah untuk mereka.

Panggilan pakcik-pakcik dan makcik-makcik juga ada pelbagai.

Belah abah aku ada Achoh, Alang, Uda, Mak Utih dan Wan Chu.

Belah mak aku semua ada Chik depan nama masing-masing. Contoh: Chik E'em, Chik Mimi, Chik Nining, Chik Ichuk, Chik Anit dan ramai lagi. Panggilan adalah pada kadar rata tanpa mengikut kronologi umur kecuali untuk Pak Long, Pak Lang dan Mak Ngah Wok yang berada di ranking teratas adik-beradik mak aku.

Belah bapa mertua aku menggunakan panggilan standard. Pak untuk pakcik tak kira lebih tua atau lebih muda dari bapa mertua aku. Dan Mak untuk makcik yang juga tidak mengikut kronologi umur. Contoh: Pak Uda, Mak Lang, Mak Teh, Mak Usu, Mak Anjang dan ramai lagi.

Belah mak mertua aku pula ikut panggilan orang Jawa. Wak untuk yang lebih tua dan Chik untuk yang lebih muda daripada ranking umur mak mertua aku. Contoh: Wak Tohid, Wak Gini, Chik Yam, Chik Ayim, Wak Shuib, Chik Adi dan ramai lagi.

Korang ada yang lebih interesting?

9 comments:

Anonymous said...

wah pye, bila aku baca2 blog ko nih... aku rasa terrer gak ko menulis ek? ada je issues ko nak citer... aku ada gak cecita nak wat blog, tapi ntah tak tau la menda nak tulis pas tuh terkubur je hasrat dijiwa...

btw, aku tgh quite occupied sikit la skrg ni... nanti hujung bulan ni free skit aku ingat nak gi nengok pye jr la... pepehal pun, nanti aku hello ko dulu!

MFN

pye:rudz said...

MFN: tak try tak tau bro. kau belasah je. mana ada sape nak marah kau dalam dunia blog nih? hahaha

widzanify said...

disebabkan aku anak mat salleh, maka kebanyakan pak/mak sedara aku adalah uncle ataupun aunty. heheheheh

tembakau said...

bukan biasa belah jawa ada panggil mbah, paman? aku pun tak berapa nak ingat...

pye:rudz said...

widie: owh... sungguh oreng puteh heheheh

tembakau: itu jawa belah lain barangkali...

Kotak Keranda said...

wa panggil nenek blah bapak wa "nenek blakang".. wa panggil nenek blah mak wa. "nenek depan". ni smer sebab lokasi umah mak/bpk wa kat tengah.. dedua nenek wa ni dah arwah..
wa panggil datuk blah bpk wa.."tok tau", wa panggil datuk blah mak wa.."tok awie"..(dedua pun dah meninggal).. sepanjang hidup empat-empat orang tua ni, ini lah juga contoh orang-orang tua yang tidak suka menyusahkan anak-anak mereka sendiri..Al-Fatihah buat mereka...

Najwa Aiman said...

Errr... ni bukan interesting sangat tapi amat simple sampai wa rasa sangat interesting (?). Anyways, ni panggilan belah lu punya Makchor. Atok Jantan, Atok Betina. Dua-dua dah tiada... al-Fatihah...

pye:rudz said...

kotak keranda: tok tau... hehehe macam mana boleh datang "tau" tu ntah... tapi dia memang cool. tak pernah tinggi suara pun kat kita (cucunya).

najwa aiman: fuh! tok jantan & tok betina... ganas seh...

Anonymous said...

It is also possible Abercrombie and Fitch today to create your Abercrombie own custom polo shirts Abercrombie Sale wherein you can have your Cheap Abercrombie own logo embroidered Abercrombie outlet on the front of the shirt. abercrombie Jeans These custom polos are ideal for companies that are hosting an event of some kind. Abercrombie Pants They are also great to give away as promotional Abercrombie Tees items to company personnel for work well done. Clubs of all types take advantage of
Abercrombie Shorts custom polo shirts as do sports teams who wish to have all members Abercrombie Sweaters dressed the same when traveling together. Customized shirts are also great to use as staff clothing or uniforms for pubs, restaurants, hotels and a wide variety of other types of businesses.One of the most popular companies in business today that offers the custom polo shirts is LEADapparel. This online retailer offers custom embroidery services on orders of twelve or more shirts. The embroidery done is perfect and of the highest quality. Orders are processed quickly and shipped out within just a few days.