Friday, April 24, 2009

REAKSI KEMARAHAN SAYA

1. Tidak bagi signal/blinker untuk membelok.
Reaksi Saya: Simpan kat rumah la signal tu, takyah bawak ke hulu ke hilir dengan kereta/motor tu kalau taknak pakai!

2. Bertanyakan soalan tetapi tidak membenarkan kita menjawab.
Reaksi Saya:
Macam mana saya nak terangkan kalau saya nak cakap je awak potong?

3. SmartTag tidak berfungsi di tol kerana tiada kredit ataupun bateri kaput lantas memanjangkan barisan di belakang dan beratur macam orang yang pakai tiket.
Reaksi Saya:
Lain kali check lah dulu, jangan nak sibuk eksyen je. Apa? Ingat peranti (device) SmartTag tu bateri dia hidup abadi (immortal) ke?

4. Parking macam anjing nak kencing. Tak masuk kotak betul-betul ataupun terlalu rapat antara satu sama lain.
Reaksi Saya:
Driving school mana kau pegi dulu? Lesen terbang ke? Ah? Bapak kau yang cat kotak parking nih?



5. Memancung di roundabout (bulatan) seperti roundabout itu dimiliki oleh bapanya ataupun ahli keluarganya yang lain.
Reaksi Saya: Poooonnnnnnn!!! Gampang!!!

Sekian, terima kasih.

8 comments:

mamabio said...

ayoyo.. ini kes stress ketika memandu.. 'jaga2 cik salmah'.. nt kna chk bp plak.

naziah said...

saya setuju dengan segala apa yang anda marahkan... especially yg masuk corner ndakda signal... macam bingai!

Najwa Aiman said...

Memancung di roundabout tu camne?

pye:rudz said...

mamabio: bp? minyak bp? hahaha

naziah: itu memang bingai

najwa aiman: sebelum masuk roundabout dok lane kiri, time masuk je, terus nak pancung kanan sehingga nyaris mengeksidenkan kita. bukankah gampang namanya itu?

Najwa Aiman said...

Ooo... Ya ya ya! Btul btul btul! Tu memang gampang banget!

Tapi wa musykil yang nomor 2 tu... eheks...

Kotak Keranda said...

tang no. 4 tu.. kotak parking OKU pun dorang parking senonoh ek..

Rantong said...

Salam ziarah. Sekadar pemberitahuan demi kesejahteraan hidup.

Rancangan "Who Wants To Be A MillionaireBlogger.Net" kini, ke udara di screen komputer anda. Sertai & daftar sekarang. Kemasukan adalah PERCUMA...

tembakau said...

jawapan utk kemarahan itu:(dari p.ou.v pesalah)

1.selo betul la keta blakang ni kalu aku tak bagi signal pun mesti masih tak sampai

2.ko ni ada respon heloo?

3.adohhhh!!! terlupa laaaa!!!

4.cikgu aku cakap, kalu betul darjah dan tepat kiraan, kereta anda akan kelihatan paling anggun parkingannya...

5. eayyy bukan main punya marah orang tu...