Monday, May 25, 2009

SIMFONI BILIK REHAT

Perut aku memang tak sedap pagi tu. Memulas-mulas macam mesin basuh dengan muatan yang paling maksimum. Tapi kelibat Hasan Miskam belum nampak lagi. Gampang. Janji pukul 745 pagi. Ini dah pukul 8 pagi tak nampak lubang hidung lagi, apa barang?

Aku nak pergi bilik rehat jadi serba-salah. Hasan Miskam ada bilang semalam, aku boleh singgah kejap je bro. Jumpa kau, ambik barang, cargas gerak. Time and tide waits for no men katanya. Ptuih. Yang aku dok menunggu ni mende?

Perut sekali-sekala mengeluarkan gas yang baunya setahap bangkai. Cenderung aku terkenangkan tom yam dan kangkung belacan yang aku makan malam tadi. Nasib baik takde orang yang berhampiran lalu-lalang. Kelibat Hasan Miskam masih belum nampak. Cilaka.

Jam dah 810 pagi. Sisa toksik dalam perut sudah tidak sabar mahu melihat dunia. Aku nekad ke bilik rehat berhampiran untuk menunaikan hajat. Kalau Hasan Miskam datang, kau tunggu lah. Takkanlah begitu lama aku di bilik rehat dengan kadar kecemasan seperti ini bisikku dalam hati.

Sebaik aku selak daun pintu bilik rehat berhampiran, kedengaran bunyi flush dari jamban tengah dan bunyi kunci pintunya dibuka. Aku sudahpun mula membuka tali pinggang on the way nak masuk jamban no. 3. Boleh hisap rokok.

Tiba-tiba kulihat wajah Hasan Miskam keluar dari jamban tengah seraya berkata, "Dahsyat betul penangan tom yam dan kangkung belacan semalam eh? 15 minit aku sembur, keluar sikit-sikit".

Dan aku keluar dari bilik rehat 10 minit kemudian tanpa sedikit pun rasa kesal membiarkan Hasan Miskam menunggu.

11 comments:

artisticklytouch said...

hasan miskam memahami...eh, dia bukan yang penjaga gol Johor itu kan?

tembakau said...

sungguh grafik. esp. part 15minit klua sikt2. kami sebagai persatuan kaji tahi malaysia sungguh terharu-presiden persatuan.

Anonymous said...

dei... citer berak pun mau kasik tau satu dunia ke?

MFN

pye:rudz said...

artis: hahaha... haah, itu nama fiksyen je

tembakau: boleh aku jadi ahli persatuan?

mfn: you're missing the idea of blogging lah bro hehehe...

Najwa Aiman said...

Rasa-rasanya pekerja Indah Water akan merasa gembira... hehehehehe...

Siapa itu MFN haaa...? First time melawat blog orang agaknye... cet!

pye:rudz said...

najwa aiman: IWK akan gembira kalau orang bayar bil je kot? hahaha... btw, maafkanlah mfn tu... baru nak berjinak-jinak rasanya tu... tak taulah dah jinak ke belum ehhee...

Kotak Keranda said...
This comment has been removed by the author.
Kotak Keranda said...

hahhahahaa.. chett!! busuk punya blog! tak lama lagi lu org akan dpt menatap seekor anak cicak yang berlumuran sayo kangkong tak hadam keluar bersama-sama 'bahan pepejal' itu..

pye:rudz said...

kotak keranda: hahaha... fiksyen gua berjaya!

Labu-Labi said...

lawak la ko pye...lamanya kita tak lepak kat hj tapah gelak2 sampai pecah perut...ahhh....sume dah jadi bapak skarang...iskk...

pye:rudz said...

labu-labi: itulah, aku pun dah lama tak lepak hj. tapah.