Thursday, May 21, 2009

BISNES MASA DEPAN

"MLM is the business of the 21st century and the future!" kata Mazlan.

"Ye ke?" aku membalas.

Multi-Level Marketing atau MLM bukanlah sesuatu yang gua into. Memang tak sejoli langsung dengan minat gua. Mind-block gua untuk bisnes abad ke-21 ni memang sangat kental. Nak kena jadi ahli, nak kena cari ahli, nak kena pegi meeting, nak kena pegi seminar, ahhh... macam-macam lagilah aktiviti yang memang tak kacip dengan karakter pemalas-tapi-nak-kaya macam aku nih hahaha.



Mazlan, kawan ofis aku jual Shaklee. Dah tahap Supervisor katanya. Hebat barangkali. Ramai orang kat ofis ni dah jadi downline dia. Bertatih jugak. Tapi sampai sekarang aku tak nampak lagi dia pakai 5 series. Lagilah aku tak minat.

Pakcik aku sorang jual Hai-O. Dia ni memang meletup. Sekejapan dia mampu pakai Honda Accord wa cakap lu! Sampai berenti kerja lah buat menatang ni full-time laki-bini. Fuh! Betul real diorang ni aku cakap.

Tapi, kau cakaplah apa pun. Kau sembanglah bak halilintar perihal MLM ni. Walau apa barang jua kau bawak, apa sistem pun kau bawak, aku memang akan menolak dengan jitu sekali. Tiada kompromi. Harap maaf, MLM tiada tempat dihatiku.

8 comments:

Najwa Aiman said...

Ada sesiapa buat MLM spa, massage dan yang seumpamanya tak? Atau MLM ni untuk produk je... service tak boleh?

pearl said...

aku pun sama..apa apa aje plan yang nak kena cari downline ni aku akan reject terus. Tapi sapa sapa ynag rajin dan tak cepat mengalah mmg berbaloi la kot. maybe it suits some people but not us la kot...maybe malas tapi nak kaya! haha...

Kotak Keranda said...

fuiyooo.. MLM?senarai MLM yg wa dah terjebak:
(i) shaklee - member paksa,sanggup bagi advance rm400 pastu dia suh baya installment kat dia..ceh!
umo wa masa ni : student itm
(ii) avon - member paksa, tak bagi advance tapi ayat hari-hari sampai wa tak tahan. dalam masa yg sama dia bagi wa tiru paper masa ada exam bisnes law..(gampang ek)
umo wa masa tu : student itm
(iii) cosway : ini wa slalu beli kat member wa, dia naik nyampah
sbb wa order satu-satu.. tak byk order ler.
jadi wa masuk sbb kena bli brg wa sendiri (tarak guna punya member)
umo wa di saat itu : student itm (hah!! dah cukup 3thn dowh..)
(iv) nutrimetics : makcik wa sponsor bayar yuran masuk.
haisk! menda ar..
umo wa menda ar: masa keja celcom
(v) irc (island red cafe) http://www.2islandredcafe.com/
: aiyoo..ini kes hampir terjebak sbb wa terpukau tgk wang yg di ikat dengan getah. berbundle-bundle.
suh wa masuk time tu gak.. rm300++ rasanya. wa ckp wa takda wang tunai mcm tu punya byk itu time. dia kata ley swipe credit card dowh... haisk!! ye ke? wa mcm nak swipe, tp dia kata
kena pegi hq during office hour kat pandan indah. hmmphf! sib baik la
sbb wa bukan ada masa lebih nak melilau kat sana masa waktu
pejabat... fuh!! selamat dari pukauan wang.

p/s tu je la.. eh sori ek, panjang lak

Kotak Keranda said...

ehemm.. sambung sket lagi boleh? pasal honda accord tu. dia mmg la meletop. tp rasanya honda cup je skang. no more accord. wa doakan anak dia akan terus sambung belajar ke menara gading, dah grad nanti keja dan keja macam wa, ataupun tk ya ikut jejak bapak dia. ikut jejak rasul. berniaga cara betul.

Adam said...

Salam.
Kali pertama bertandang ke sini.
Baik kita mulakan perniagaan sendiri daripada bergantung harap dengan MLM kan? Sekadar pendapat.

pye:rudz said...

najwa aiman: itu bahaya punya MLM tu bro...

pearl: sama!

kotak keranda: fuiyo! dewa (atau mangsa?) MLM rupanya hahaha. gua tau pasal honda accord tu... malas nak mention kat sini beb...

adam: betul benarlah tu. oh ya, selamat dan terima kasih kerana singgah.

naziah said...

aku pun x minat benda2 MLM ni. malas...

pye:rudz said...

naziah: same here.