Tuesday, July 7, 2009

PENGAMPU

Karakter di atas banyak kedapatan di pejabat gua. Mereka memang sinonim dengan istilah-istilah kesat lain seperti jilat bontot, kaki kipas, kaki bodek, nak tunjuk hero dan lain-lain yang aib bunyinya jika dinyatakan di sini.

Aku cuma tahap cacai saja di tempat kerja aku. Dan aku tak heran sangat dengan kredit atau pujian dari orang atasan. Yang penting aku dibayar selayaknya pada setiap 26hb. Tapi kadangkala mengganggu jiwa jugak bila difikirkan.

Semalam makin ketara para pengampu ni bergaya. Kononnya merekalah yang paling bertanggungjawab, yang paling incas (in-charge) dan yang paling penting untuk acara semalam. Walhal acara semalam adalah milik aku. Dia punya sibuk macam diorang yang buat dari A-Z. Pegi jahanamlah diorang.

Dalam pada itu, aku juga sedar ramai di sini yang tidak tahu membezakan antara kerja dan leisure. Kalau istilah orang berpendidikan tu bunyinya: Tidak profesional. Sebab ada sesetengah mereka yang katanya mempunyai Degree (lepas sambung belajar) tapi masih (ndak) berkerja sebagai kerani. Hairan kan?

Soalan aku mudah saja: Kenapa masih di sini (sebagai kerani) kalau sudah mempunyai degree? Adakah mereka mengharapkan atau menjangkakan kompeni akan menyediakan jawatan yang sejoli dengan taraf akademik mereka? Apa barang? Dah tu jenis eksyen ntahapa-hapa. Jenis dah suka nak engkar arahan pegawai, sebab dah ada degree. Oi, pegawai-pegawai ni dah lama ada degree dah sebelum korang. Lagi malas aku nak sebut diorang dapat degree dari universiti mana. Takut menyinggung.

Tapi yang paling bestnya kat tempat kerja aku nih, orang takde Diploma pun boleh jadi pegawai, hahahaha. Memang ajaib kan? Ini memang bukan kipas lipas, tapi aircond dengan 97 kuasa kuda. Gampang. Keajaiban sebegini memang cenderung membuatkan aku dan mungkin orang lain seperti aku menjadi kurang senang.

Lain kali, kalau nak isi jawatan pegawai, tak payah letak requirement yang pening-pening. Letak je: Pandai mengampu tahap dewa. Cukup. Yang lain semua tak relevan.

Apa yang aku merepek hari nih?

7 comments:

kookabooras said...

dulu opis aku ade gak kaki jilat bont*t. memang cilaka itu org la. dpn mcm baik, belakang tikam kawan. ade 3 org. mcm threesome la. mamat A jilat mamat B, mamat B jilat mamat C. pastu ABC jilat bos. nasib baik A dah berenti, B dah tuka cawangan dan C buat bisnes sendiri.

Najwa Aiman said...

Ekekekekekekekekekke... Ekekekekekekek...

Ada yang tertinggal
Setelah terbenam mentari
Ada yang tertinggal
setelah kering air di kali...


Ekekekekekekek...

Fa-T said...

lebih kurang je aku kat sini... pengampu terlalu ramai... tak pakai kipas lagi dah... depa guna AIR-COND!

Kotak Keranda said...

muakakakaka..compressor baik punyer jgn luper..service kena selalu

mamabio said...

haah.. dia bilang hubby dia gaji mletop. dia ada degree tp nape dia keje lg jd krani? aku malas nak tanya lahh. degree dia pun kira 'kurang taraf' sket la dgn degree aku.. kwehheheh..
sbb dia dpt degree hasil buat assignment during ofis hr.
aku dpt degree hasil tungkus lumus bgn pagi, tunggu bas or tumpang kwn or jln kaki g blok akademik. hari-hari.

lu pk la sndiri.. ehehee..

nasazfrog... said...

suke lu la brader nak merepek ke nak hape... hentam jangan tak hentam... uhhh apa pulak aku merepek ni.. :)

Pyanhabib said...

pi jumpa pengampu pas tu
kipas sama dia pulak, ha!