Monday, August 3, 2009

RUNCIT-RUNCIT

1. Lepas makan, tuang air sikit dalam pinggan. Murahkan rezeki katanya.

2. Sebelum masuk rumah waktu malam, ludah 3 kali sebelum masuk rumah untuk mengelak gangguan makhluk dari dimensi lain kepada anak kecil.

3. Kalau taknak hujan time kenduri kahwin, baling pakaian pengantin ke atas bumbung rumah.

4. Budak kecik kalau isap ibu jari kaki maknanya nak adik.

5. Orang yang belum berkhatan sahaja yang berisiko untuk kena tungau.

Soalan untuk semua di atas: Iye ke?

9 comments:

me3n said...

Kata-kata dari mulut ke mulut. Takut mulut pertama yang berkata tak berpengetahuan luas je. Eh paham ke pe ku cakap nih? eheheehe.

naziah said...

1. Never heard of it before...
2. Yang ini, pun aku x pernah dengar... Mak aku suruh basuh kaki je sebelum masuk rumah, untuk mengelakkan 'benda2' ikut masuk (imo, dia malas mau sapu pasir2 yang kitorang heret masuk rumah..heh)
3. Kalau pengantin tu tinggal kat flat camna?
4. TIDAK PERCAYA!!! (sebab Ameena tengah belek2 kaki dia sekarang ni)
5. Tungau tu apa?

artisticklytouch said...

entah...ikut pesan Quran dan Sunnah je..

Najwa Aiman said...

1. Ni amalan golongan Tabligh, tapi bukan sekadar tuang. Lepas tuang tu, sapu permukaan pinggan yang dah terendam tu dengan jari untuk make sure semua sisa tanggal, kemudian air dalam pinggan tu diminum (i.e. masuk mulut + telan sampai ke perut). Tujuannya supaya setiap sisa makanan tu tak terbuang dan masuk ke perut sebagai rezeki untuk pastikan tak ada berkat yang tertinggal.

2. Beri salam dah memadai sebab menurut Sayidina Umar al-Khattab di setiap pintu rumah terdapat seekor syaitan bernama Daasim yang tugasnya ialah meruntuhkan rumahtangga ahli rumah tu dengan berbagai cara (e.g. bercerai-berai, domestic violence, penderaan, penderhakaan bla bla bla...). Daasim akan melaksanakan tugasnya bila ada orang yang masuk ke rumah tanpa terlebih dulu beri sala sama ada rumah tu kosong atau tak.

3. Yang ni mengarut. Tu yang kekadang nampak macam-macam pakaian kat bumbung rumah tu - spender la, bra la, kain la, baju la... Memula dulu dok heran juga macam mana kain-kain tu semua boleh terbang sampai ke atas tu. Ingat ke kawasan ribut taufan. Tapi kenapa rumah lain tak ada? Rupa-rupnya akibat kepercayaan ni le... cet!

4. Biasa dengan orang-orang tua cakap. Bebudak memang masih fleksibel tulangnya maka tak heran ibu jari boleh sampai ke mulut. Doktor pun kata bahawa deria paling sensitif semasa zaman bebudak ialah lidahnya, sebab tu bebudak semua benda nak masuk mulut. Nasib baik Tuhan jadikan anu kat bahagian tengah badan, jadi tak cukup fleksible untuk sampai ke mulut sendiri juga... eheks...

5. Tungau bleh juga attack pusat selain daripada anu, dan di bahagian anu puoa tungau boleh attack mana-mana bahagian sepanjang anu tu termasuk buah zakarnya.

Walaahu a'lam...

Fa-T said...

yang last tu.. tak logik la... tungau bleh kenal yang kerat dangan yang tak??

yang lain2 tu... ikut sunah, amalan agama dsb... jagn buat yang merapu2 dah laa...

pye:rudz said...

ad3ck: itulah masalah orang kita, benda-benda chenggini yang dibawak turun-temurun.

naziah: tanya laki kau tungau tu ape. dia mesti/patut tau.

artis: setuju.

najwa aiman: mazlan selalu buat gitu. tapi taklah pulak dia minum air dalam pinggan tu. oh, dia bukan tabligh.

fa-t: ada lagi perkara yang tidak dilakukan pun pada zaman nabi dahulu tapi dipraktikkan dalam adat melayu. sensitif ooo... kurang berani aku nak tulis sebagai entri.

kuchalana said...

weh.. cikgu azman ada mai kedai aku kelmarin.. dia kim salam dgn smua kaum2 kramat yg masih mengenali.. dia skang guru besau kat semenyih n ketua pemuda ameno sana.. sekapal dgn kak un.. dia duk ngajau kat kajang..

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

no 5 tu cam logik jak..

pye:rudz said...

kuchalana: fuh! ada lagi cikgu azman tu? macam mana dia boleh ingat nkau?

toi: aku pun rasa logik.