Tuesday, August 11, 2009

TOPENG

Virus H1N1 sudah semakin menular di Malaysia. Awam mulai merasa panik setelah angka kematian meningkat dari hari ke hari. Awam itu termasuk aku dan Shidah. Mikael tak masuk statistik lagi sebab dia masih sibuk main dengan mainan itik getah dan kaldai lompatnya.

Shidah insist untuk beli topeng (surgical mask). Ya, ia sepatutnya dipakai dan dibuang on daily basis ya tuan-tuan dan puan-puan. Kalau ada rasa nak pakai satu topeng sampai 3 bulan baik tak payah pakai.

Kami berhajat membeli sekotak surgical mask di satu farmasi bumiputera di Setiawangsa. Satu keping rm1. Satu kotak rm38. Satu kotak ada 50 keping. Nasib baik dia tak kata satu kotak rm50. Kalau tidak mesti aku dah ong-bak kat situ. Oleh kerana Matematik aku dapat A dan rasional aku di tahap optimum, maka aku pun beli satu kotak.



Ofis aku ada distribute surgical masks kepada semua staff dan students minggu lepas. Sorang satu lah of course. Sebagai awareness support saya kira. Tapi, ada pulak staff yang bengap dok komplen/tanya: Takkan bagi satu je sorang? Dah busuk dah mask nih. Bahaya tau virus nih, memang kena selalu pakai mask.

Jawapan saya (dalam hatilah tapi):
1. Kau expect kompeni nak bagi semua orang setiap hari ke?
2. Kalau kau betul kisah pasal kesihatan kau, apa salahnya kau beli sendiri topeng tu? Macam... (ehem, ehem - batuk mengada-ada).
3. Lain kali gosoklah gigi! Tak pun makan mints kalau dah tau mulut tu busuk. Ini tiap-tiap malam kau bantai makan petai/jering pastu nak bising mask kau busuk. Apa barang?

Some people just can't use their brain properly. Fih. Cakap England.


Nota: Aku juga bercadang untuk menjadi penjual surgical mask di pejabat dengan harga rm1 sekeping. Amacam? Bijak tak?

15 comments:

kookabooras said...

kepada yg x mau tukar hari-hari mask tu, di syorkan beli je set scuba. gerenti selamat. cume kene top-up gas je.

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

bijak....bijak...

la Signora said...

SERINGGIT?!

Aku pakai bubblesuit.Hari tu ade diskas ngan Darth Vader kasi pinjam uniform dia, dia suruh aku join the Dark Side.Reminds me of a politician pulak....

...cakap England ko pedas.Deyrang makan banyak belacan.Tu sebab neuron otak sikit sangat.

pye:rudz said...

kookabooras: berat siol pakai kat darat!

toi: terima kaseh.

la signora: ok ape, singgit? tak leceh nak bagi balance duit syiling. eheh. btw, vader pun ari tu kata nak bagi pinjam suit dia kat aku. yang halloween edition punya. ringan sikit katanya.

sevven said...

Topeng? Buat apa pakai-pakai topeng ni? :P
BTW, kalau sekolah tutup best gak...

Fa-T said...

bijak.. memmang bijak....

pye:rudz said...

sevven: announcement skolah tutup yang aku tunggu tu... bile ntah?

fa-t: terima kaseh.

Najwa Aiman said...

Yang kompelin mask busuk tu pompan ke lelaki? Anyways, teringat satu kisah benar di Jepun di mana sebuah bangunan pencakar langit terbakar. Ada sorang wanita dalam bangunan tu terselamat dari maut sebab dia berjaya pakai mask untuk mengelak dari lemas tersedut asap. Mana dia dapat mask tu? Dia improvise bra dia untuk dijadikan mask.

Yang kompelin mask busuk tu boleh gunakan bra sendiri kalau dia rasa payu dara dia dah cukup wangi.

rena said...

jual la smilan posen. saya yakin diorang akan tetap bayar singgit dengan niat seposen tu sedekah. kamu tetap dapat satu ringgit dan mereka dapat la pahala sikit2.

pye:rudz said...

najwa aiman: yang menyampaikan: perempuan. yang komplen tak tau lah lelaki ke perempuan. but still...

rena: ini gostan psikologi nih. berbaur taktik kotor juga hehehe. macam kes tambang intrakota rm0.90 dulu. masuk syiling singgit, baki tidak dikembalikan.

deanz said...

Salam...

pasal gua beli rege 1.70 hinggit ?
hantam je la...

naziah said...

aku punya paranoid, dlm setiap handbag ada mask + pencuci tgn dettol!

kuchalana said...

singgit murah la yop.. kedai2 kat luar jual 2 hinggit skang

pye:rudz said...

deanz: pasal lu tak beli ngan gua hahaha.

naziah: hand sanitizer tu aku tgh consider nak beli.

kuchalana: haaa... you know, it's ok.

ita... said...

kat sini ita beli rega singgit jer...