Tuesday, November 17, 2009

JAKET CORDUROY

Lewat 90-an.

Aku ada jumpa satu jaket corduroy. Baik punya! Memang grunge. Kata Raddy pada aku suatu hari.

Jaket corduroy? Nak pakai pegi mana?

Huish, ini baik punya jaket ni. Kalau awek tengok mesti jatuh cinta punya.

Iyelah, bila masa pulak aku nak pakai jaket-jaket nih?

Alah, jomlah angkat. Ada dua kaler. Satu cokelat gelap, satu cokelat cair. Aku nak angkat yang cokelat cair. Kau angkat yang cokelat gelap. Kita dua-dua pakai baru ngam. Aku nak pakai sorang seganlah. Sambung Raddy pandai-pandai membahagikan warna jaket corduroy yang ntah aku nak beli ntah tidak lagi.

Kat mana kau tengok jaket nih?

Haa... Antenna, The Weld. Nanti kita pegi usha.

***

Selepas milennium. 2003 - 2007.

Jaket corduroy aku memang jarang-jarang digunakan. Hanya sekali-sekala bila salji turun kat ofis aku ataupun kat rumah aku kat Keramat. Sampailah satu hari zip dia sudah jahanam. Memang kena tukar zip terus.

Sejak dari itulah aku dah tak pakai-pakai lagi jaket corduroy tu. Simpan dalam almari baju je lah, kawan dengan ubat gegat.

***

Baru-baru ini.

Haiya Frankie, thank you very much. You memang champion lah boleh repair ini zip. You tau ka berapa tahun saya tak pakai ini jaket sebab zip dia rosak.

Frankie hanya tersenyum-senyum sambil hidungnya sedikit kembang-kempis. Bangga agaknya.

Fuh, thank you Frankie. Thank you.




Nota: Raddy, jaket kau ada lagi? Muat lagi? Hehehe.

4 comments:

raddy said...

hahaha.. jaket aku? sarung sampai siku muat la.. tapi ada lagi!! :P

tapi jaket tu memang menarik..memang banyak awek jatuh cinta.. bukan memula ko taknak beli ke, tapi terbeli gak bila dah tengok?

p/s:antenna? wujud lagi ke?

Unknown said...

kalau taknak bagi aku. jual kira harga bundle

Najwa Aiman said...

Masa zip jahanam tu salji turun takat lutut ke? Eheks...

pye:rudz said...

raddy: haah, memang cun pun jaket tu. rasa sungguh kacak dan bergaya bila memakainya. antenna? dah write-off dah rasanya.

tembakau: huish, tak boleh bro... eddie vedder mintak pun aku tak bagi kehkehkeh...

najwa aiman: nasib baik masa salji turun tu gua dah kat monte carlo.