Wednesday, November 11, 2009

MESEJ

Sebelum menonton filem.

Apa yang anda cuba sampaikan kepada penonton melalui filem ini?

Filem ini adalah sebuah filem aksi remaja. Realiti kehidupan remaja hari ini. Tapi ia bukan sekadar filem aksi kosong. Kita juga ada selitkan unsur-unsur drama dan komedi. Dalam masa yang sama juga sebenarnya ada mesej yang ingin disampaikan kepada penonton.

***

Selepas menonton filem.

Apa benda mesej yang cuba disampaikan? Balik-balik aksi lumba kereta, lumba moto, cintan sana, cintan sini, nangis sana, nangis sini, lawak ntahapa-apa yang tak serupa lawak, over acting dan lain-lain yang seumpamanya. Jalan cerita yang bukan-bukan. Plot yang bukan-bukan. Mesej apanya?

Geli juga aku bila ditanya tak abis-abis nak kata ada mesej yang ingin disampaikan, ada mesej yang ingin disampaikan. Kau tak payah sibuk pening nak sampaikan mesej kat penonton, itu orang boleh simpulkan sendiri.

Pada saya, bilang saja filem yang dihasilkan adalah untuk hiburan semata-mata. Sebuah cereka. Kan lebih mudah dan tidak menyakitkan hati? Kalau ada penonton yang merasakan "mesej" dalam filem itu, anggaplah ia satu bonus. Tafsiran manusia ni berbeza-beza. Biarlah.

Janganlah bilang ada mesej yang ingin disampaikan tapi sebenarnya memang takde mesej langsung selain membazirkan masa.


Gambar sekadar hiasan. Tiada kena-mengena dengan entri ini.

6 comments:

Unknown said...

aku sokong tentang poster tu. memang patut sekadar hiasan, kerana ia tidak mempunyai mesej yang mampu sampai dan sekadar hiburan (andaikata boleh terhibur la dengan cerita ni)...

btw, aku jugak sokong apa ko tulis ni, sama jugak dgn apa aku fikir...

Unknown said...

ehem.
biar saya menyelit.
ehem2. sebagai contoh~
saya terlibat dengan pembikinan filem rempitv3. sebuah filem yg (hahahah) pastinya memeningkan kepala produsernya.
sebenarnya skrip draft awal memang best. agak best.tapi, bila dah dimasuk campur oleh produser, filem yg agak ada mutu itu hanya jadi cerita motor pekak. tiada substance.
tapi aku percaya dah ada filem yg best di malaysia. ada member aku bersumpah di sekeliling perut adflin shauki yang cerita tu best.
serius mau booking karikatur tu? aku cukup suka muka kawan2 yg berkotak dengan karakter

pye:rudz said...

lizzam: aku dah baca dah apa yang kau pikir tu. btw, gambar poster tu gimik je hahaha.

tembakau: bersumpah sekeliling perut afdlin shauki tu yang aku tak tahan tu kehkehkeh... err, muka kawan2 yang berkotak dengan karakter tu macam mana?

Najwa Aiman said...

Mesejnya ialah kehidupan remaja zaman kini tak ada mesej... ekekekeke... aiyaaarrrkkk...!

treefwog said...

wa tgk wayang kengkadang wa tak berapa nak tgk mesej yg cuba atau langsong takda yg nak disampaikan. sblom tgk wayang wa tgk 'masa' wa dan juga director filem. lepas tgk filem, wa tgk hp wa kut-kut ada mesej yg wa lom reply or ter'missed'
p/s tawun ni wa baru tgk 2 je filem, transformers revenge of the fallen ngan this is it (mj)

pye:rudz said...

najwa aiman: ehhee...

kotak keranda: gua satu filem (wayang) pun tak tengok tahun ni! amacam?