Thursday, December 10, 2009

SWING

Jonah Lomu dan Ronaldinho adalah dua sahabat karib. Mereka sangat karib sehingga segala benda nak sama. Ini termasuklah minuman kegemaran, makanan kegemaran, warna kegemaran dan lain-lain.

Baru-baru ini, mereka sedang berkira-kira nak memulakan hobi sukan yang baru. Sebelum ni hobi sukan mereka hanyalah berenang gaya bebas di atas katil dalam keadaan mata tertutup setiap hujung minggu. Selain itu, mereka juga gemar mengumpul setem dan mengorek hidung.

Jon, kau rasa sukan apa yang bagus untuk orang macam kita nih?

Entahlah Ron. Aku tak suka sukan yang letih-letih nih. Penat.

Kalau badminton?

Malaslah Ron. Nanti aku dapat Datuk pulak. Mentang-mentanglah aku terel.

Kalau american football?

Nanti kena tuduh ambik steroid pulak.

Kalau squash?

Yang ini aku surrender. Bagi Nicol je lah pegang.

Kalau golf?

...

Jap, aku call Tiger Woods jap. Tanya khabar.

5 comments:

tembakau said...

harap maaf nombor yang anda dail sekarang tidak dapat dihubungi

Najwa Aiman said...

Jangan call sekarang. Mahal. Next Malaysian PGA dia akan datang sini.

tembakau said...

hot!hot!

elin:
it's golf, or me!!!

tiger:
miaooww...

ad3ck said...

tak berapa nak paham.

pye:rudz said...

tembakau: aku syak dia boleh sakit jiwa dengan stress sekarang hahaha.

najwa aiman: memang standard malaysia macam tu. dah tak laku baru orang luar nak datang. tak caya tengok backstreet boys. masa tengah naik tak hingin pun nak datang.

ad3ck: kau kena tengok channel golf jugak sekali-sekala hahaha.