Saturday, January 9, 2010

TERGENDALA

Gua takde komputer meja. Apatah lagi komputer riba.
Gua memang menggunakan sepenuhnya komputer meja yang disediakan di pejabat berserta sambungan internetnya.

Dewasa kini, sambungan internet di pejabat macam haram jadah. Bukan lembab. Bukan slow. Tapi, tak ada langsung! Inipun gua log-in guna komputer adik ipar gua kat rumah mak mertua gua. Gua rasa gua umpama pacar yang hina. Hahaha.

Oleh yang demikian, janganlah anda hairan, marah, kecewa ataupun tak lena tidur (ptuih) jika tiada entri yang terbaru dan terkini di hantamkromo dalam masa terdekat atau mungkin terjauh ini. Banyak lagi blog orang lain korang boleh baca.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.

7 comments:

Fa-T said...

Kita serupa... Gua tmpang kedai mamak!

tembakau said...

ku kira kau sakit! aku sudah gusar kerana rakan pacaran blogku tidak kelihatan selama beberapa hari!!!
ingin ku berikan satu komputer riba tapi sayang hanya ribanya saja yang ada, komputernya ermmm uhukuhuk.

Najwa Aiman said...

Korang tak bayar bil Streamyx ke?

yawaununalip said...

eee..along!! kita sama la. takda komputer. hehhehee..komputer riba yg company bagi dah kaput, hardisk menda tah dah crash-boom-bang! pastu dapt ler komputer meja. cuma wa tak hapdet kat opis ler sbb wa bz tahap sotong kurita. la nie, wa hapdet guna notebook lama wa.. pakai lebih dari 10minit jeks.. keyboard dah tak ley tekan. streamyx lak.. makin lama makin chinpeng! anyway.. wa dah kuar dari kota keranda..huhuuuu..wa masuk balik dunia seyy..

GAFARO said...

itu semua dugaan....

mungkin balasan akibat melayari porno....

atau YM,myspace@facebook dengan gadis gadis genit sambil mengatakan empunya diri berumur awal 20an....

pye:rudz said...

fa-t: biar miskin harta, jangan miskin budi bahasa hahaha.

tembakau: bulan jatuh ke riba ada?

najwa aiman: server kong. king kong dah makan.

yuna: tahniah di atas kejayaan AJL baru-baru ni. eh? salah yuna. hahaha.

gafaro: itu semua fitnatul tu. sila rujuk komen untuk najwa aiman di atas.

ad3ck said...

Ku pong da makin malas nak update blog. Tanda dah tua mungkin? ;p.