Tuesday, February 23, 2010

JAWAB



Korang pernah disuruh (baca: dipaksa) menjawab soalan yang korang tak boleh nak jawab tak? Lebih-lebih lagi kesannya kalau korang salah jawab akan memberi impak maksima yang boleh merugikan pihak majikan korang. Tapi, korang disuruh jugak jawab soalan tersebut.

Gua selalu kena. Terbaru, petang semalam. Macam gampang. Korang tau tak kalau gua salah jawab Institut gua boleh kena saman RM50k? Lagi teruk, program-program pengajian kitorang boleh dibatalkan angkara kesilapan itu. Hah! Nak mampos ke? Itu satu hal, masalahnya memang gua tak tau nak jawab soalan yang diajukan oleh pihak lawan tersebut. T-a-k t-a-h-u! Paham?

Seperti biasa, gua kenalah rujuk master jedi gua dulu. Biar dia decide. Pagi ini dia pegi mana ntah gua pun tak tau. Biarkan. Biar jadi soalan terkumpul dulu.

5 comments:

kuchalana said...

kekeke... lu kene belajar ilmu taici la pirus..

Fa-T said...

Kuntau sama silat boleh kasi improve skil tepis

Najwa Aiman said...

Mengikut pengalaman wa kat situ, tak perlu JAWAB. Perlu AMPU jek... sama ada dengan atau tanpa wang ringgit...

pye:rudz said...

kuchalana: aku tak minatlah seni-seni mempertahankan diri nih.

fa-t: baik aku makan yong tau fu.

najwa aiman: itu antara skill yang gua tak minat nak belajar atau amalkan. busukkk.

GAFARO said...

ala ape ade hal,orang tanya je soalan lu pengsan je la!

asal tanya soalan pengsan,mesti orang nak tanya soalan pon boring.