Tuesday, February 9, 2010

RINGKAS & PADAT

1. Mikael dah kami tukar ke nursery baru. Sekarang dalam proses penyesuaian diri. Agak sukar kerana dia dah kenal orang. Tiap-tiap hari mesti nak menangis masa ditinggalkan. Susah hati beb!

2. Kes liwat Anwar akhirnya berjalan juga. Saya tak minat nak follow. Letih. Saya cuma nak tau keputusan muktamad je nanti.

3. PAS nak berbaik dengan UMNO (demi Islam dan Melayu). Personally, saya gembira. Apapun, godspeed.

4. Kes liwat bayi baru-baru ini memang keji. Saya harap ibu bapa kepada bayi yang tidak berdosa itu akan dijatuhkan hukuman yang paling berat sebagai pengajaran.

5. Jiran saya dah jual Harrier dia. Kenapa? Saya tanya. Tak pakai, juallah! Kata beliau apabila diajukan soalan. Bussines-minded beb, apa-apa yang boleh buat untung, kita jual! Sambungnya lagi. Dan saya bersetuju dengan beliau. Lagipun dia memang dah ada Kancil dan Myvi untuk bergerak ke mana-mana.

6. Lim Guan Eng sekarang kena belasah saja dalam akhbar arus perdana. Propaganda atau kenyataan? Fikirlah sendiri. Jangan lupa gunakan akal.

7. Zambry diputuskan sebagai MB Perak yang sah dan bukan Nizar. Heh. Macam-macam dah saya dengar pasal hal ni. Lantaklah siapapun MB, yang penting hal-ehwal kebajikan rakyat Perak jangan digadaikan. Ini pandangan saya saja.

8. Kalau nak jimat duit tol, baliklah kampung lalu highway waktu malam Raya Cina ni. Kalau taknak jam masa balik kampung kat highway, balik waktu siang dan bayar je tol tu. Pilihan di tangan anda. Bising pun tak guna sebab pondok tol tu takkan dicabut untuk entah berapa tahun lagi saya pun tak tau.

9. Kalu iye pun nak bodek kerajaan, janganlah sampai lagu Gadis Melayu pun nak tukar jadi lagu Gadis Malaysia. Aduuuhhh... Geli betul!



10. Saya ajak bos saya makan mi bandung kat Sport Complex. Ingat nak makan ringan-ringan dan biasa-biasa je lah. Sekali dia ajak makan serius kat kedai lain. Siap order sambal udang petai, kailan ikan masin, telur dadar sama chicken wings. Sekarang saya rasa seluar saya dah ketat.

4 comments:

Najwa Aiman said...

Huh? Lagu Gadis Melayu tukar jadi lagu Gadis Malaysia??? Serius???

p/s: Sowi laaa tapi dalam bebanyak tu berita ni yang paling wa amik serius...

Serius kaaaa...???

ad3ck said...

Dalam tak sedar at least 5 dari berita ko nih berkisar tentang politik ;p.

Fa-T said...

tak cukup bodek..
patut letak "Gadis 1 Malaysia"...

pye:rudz said...

najwa aiman: iye, sila semak arkib utusan semalam. search: gadis melayu.

ad3ck: nanti bila kau dah sampai fasa (umur) macam aku, kau akan faham heheheh

fa-t: huish, itu ketara sangat bodeknya... hahaha