Wednesday, February 3, 2010

RUANG

Ruang kecil boleh nampak lebih sempit jika berwarna gelap.
Ruang kecil boleh nampak lebih luas jika berwarna terang.

Ruang kusam boleh nampak lebih bosan jika berwarna pudar.
Ruang kusam boleh nampak lebih ceria jika berwarna ceria.

Ruang kosong boleh nampak lebih kosong jika objek tumpunya kecil.
Ruang kosong boleh nampak lebih penuh jika objek tumpunya besar.

Ini asas berkenaan ruang yang paling asas yang saya tau.
Dari asas inilah rasanya sesuatu ruang itu patut dicorakkan.

Betul ke?

5 comments:

Fa-T said...

tapi lu punya blog ni background putih ni pun dah cun dengan corak tulisan lu...

Najwa Aiman said...

Kalau ruang, betullah. Tapi kalau beruang, lebih baik lu lari je!

GAFARO said...

tapi tak sesuai untuk ruang dalam dompet....

ia hanya boleh ceria,terang dan kelihatan besar jika anda menyimpan wang didalam ruang dompet anda...

Prince of Darkness said...

yup...
konsep asas grafik...

pye:rudz said...

fa-t: terima kasih (sambil hidung kembang-kempis. laju).

najwa aiman: beruang? apa pulak lari? buat-buat mati je lah... hahaha

gafaro: hahaha sama jugak konsep asasnya, kan?

prince: ;)