Thursday, February 11, 2010

SAYA BUKAN TUHAN

Satu.

Surat tawaran saya tak sampai lagi. Dah lama saya tunggu.

Siapa nama?

XXXX.

Ikut rekod, memang kita dah keluarkan surat tawaran awak. Boleh saya semak alamat?

Nombor XX jalan XX Taman XX poskod XXXXX XXXX.

Betul. Memang betul alamat yang kita hantar surat tawaran awak.

Tapi saya tak terima lagi surat tu, macam mana?

Saya pun tak tau nak jawablah sebabnya, kalau alamat salah biasanya Pos Malaysia akan return surat tu kepada kita. Masalahnya takde pulak surat awak yang patah balik kepada kita. Alamat yang kita hantar tu pun sama dengan yang kita semak tadi.
...
Ok, katalah surat awak patah balik kepada kita, kita nak pos ke mana?

Alamat rumah sayalah. Yang tadi tu.

Iye, yang kita hantar tu pun kepada alamat yang awak sebut tadi lah. Tapi tak sampai, kan? Ada alamat lain?

Takde.

Habis, kalau kita nak hantar semula, kita nak hantar ke alamat mana?

Alamat rumah sayalah. Yang tadi tu.

...


Dua.

Kau ada nombor telefon budak XXX ni tak.

Dalam sistem takde ke? Dah check?

Ada, tapi dia tak jawab telefon.

Kalau dia tak jawab, tak dapatlah aku nak tolong. Nombornya sama jugak kalau aku bagi pun.

...


Tuan-tuan dan puan-puan, saya hanya manusia biasa. Janganlah ingat saya boleh meluar-biasakan perkara-perkara yang di luar keupayaan saya. Kapten Kit pun tak boleh jawab kenapa surat yang alamatnya betul tapi tak sampai-sampai ataupun kenapa budak ni tak jawab telefon.
Hilang akal ke? Soalan SPM pun tak susah macam ni. Cheh.

5 comments:

Fa-T said...

betul2 entry lu kali ni sma situasi gua kat opis hari ni...

manusia bukan tuhan...

mamabio said...

sebal ke sengal ke bebal ke lemau ke lembu ke bongok ke tonyok ke hapa diorg tu..? addoii..

Najwa Aiman said...

Errr... budak tu kroni ke? Mana dia tau dia dapat surat tawaran?

Anyways... mamabio... Garang nampak???

ad3ck said...

Buat cam member ku, bila dia marah dia akan tanya:

"Ko ingat aku siapa? Tuhan?"

Tapi dalam nada lawak laa. ;p.

pye:rudz said...

fa-t: begitulah selalunya.

mamabio: addoii...

najwa aiman: dia dah check earlier. btw, mamabio garang sebab tahun ni ialah tahun beliau mengikut kalendar cina haaa...

ad3ck: boleh try kaedah kawan kau tu heheh