Thursday, February 18, 2010

SUPER

Tak boleh! Berapa kali aku nak cakap? Tak boleh, tak boleh!

Ala... kejap je... aku pakai malam ni je. Esok aku pulang la, eh?

Lak ala... kau ni tak paham bahasa Melayu ke? Tak boleh. Memanglah aku baru beli, belum pakai lagi. Tapi, jawapan aku tetap tak boleh.

Hangin betul aku dengan member aku sorang nih. Macam tak paham bahasa. Aku cakap bengap kang mau sampai seratus tahun kemudian taknak cakap dengan aku. Masalahnya ini barang peribadi. Terlalu peribadi. Mana boleh pinjam. Kalau baldi bolehlah aku kasik pinjam.

Tolonglah weh, malam ni je. Tak sampai berapa jam pun aku pinjam. Bukan kena kulit pun... pakai kat luar je.

Tak boleh. Apasal kau tak beli je satu semalam?

Terlupa... itu pasal lah.

Aku tetap menggeleng-geleng setiap kali dia tanya soalan yang sama untuk kali yang ke 17 ratus.

Last-last dia pun fed-up dan blah sambil membebel-bebel. Itu gaya taknak kawan aku untuk seratus tahun akan datang lah tu. Kehkehkeh. Lantakkanlah. Malas aku nak layan permintaan mengarut dia.



Iyelah, cuba korang pikir, kalau dah tau nak pergi parti pakaian beragam, pilihlah pakaian yang senonoh sikit. Contohnya Jack Sparrow ke, Men In Black ke, Punisher ke, abis bengap pun Tok Mudim. Ini tidak. Ada ke nak jadi Superman? Lepas tu sibuk nak pinjam seluar dalam merah Renoma yang aku baru beli semalam. Apa barang aku nak bagi pinjam seluar dalam aku beb?
Cheh.

5 comments:

Najwa Aiman said...

Aik??? Habis tu... longjohn biru tu semua dia pinjam siapa punya?

Ni party pakaian beragam haper ni?

GAFARO said...

kawan lu imigenasi dia tinggi.bagus gua suka ide dia.tapi yang takleh terima dia nak pinjam tanda kegemilangan superman tu kat orang...

ibarat pinjam BMW orang lain mengaku seniri punya....

kookabooras said...

suruh die jd toyol je. x pon jd porn star. senang xyah pakai baju

pye:rudz said...

najwa aiman: gua syak dia pinjam dari brader long john's silver.

gafaro: memang imaginasi dia tinggi.

kookabooras: huish, nanti dah jadi parti lain pulak kang, lagi parah beb.

Fa-T said...

lu suka merah ka? atau package... GARANG!