Monday, March 8, 2010

MALAM TADI



Saya bukan tak minat kumpulan Search. Minat. Lebih-lebih lagi lagu ballad mereka. Contohnya lagu Gadisku, Gadis Misteri, Nigina, Bisa, Fantasia Bulan Madu dan ahhh... banyak lagilah. Lagu-lagu rock kental mereka pun saya minat juga. Tapi fokus entri kali ini ialah lagu ballad mereka.

Kalau terdengar mana-mana lagu ballad Search saya secara automatik akan mengikut nyanyian Amy dalam skala bunyi yang perlahan sebab itu saja kemampuan vokal saya (dan anda juga); walaupun saya tak pernah menghafal lirik lagu mereka secara formal.

Tapi kalau dah tengah-tengah malam buta pukul 12 tengah malam kau pasang lagu Gadis Misteri tu kuat-kuat, saya yang mengantuk nak tidur ni pun cenderung jadi marah serta-merta.

Tidak... saya tak marahkan Search, saya marahkan orang yang pasang lagu tu kuat-kuat malam tadi. Tak taulah kalau Amy sendiri yang karaoke, sebab rasanya dia duduk Bandar Seri Putra jugak.

5 comments:

Fa-T said...

hua... cukup tido???

Najwa Aiman said...

Ekeleeeee... Lagu Gadis Misteri tu yang dipasangnya kuat-kuat..? Astaga wa esta bagadud... sungguh misteri perangai orang tu! Ekekekekeke...

ad3ck said...

Ko pasti ke yang pasang lagu Gadis Misteri tuh...orang? jeng jeng jeng ;p.

pye:rudz said...

fa-t: kalau dah penat, tido tetap tido bro.

najwa aiman: lagu sedap, tapi salah timing. nasib baik dia tak bantai pasang lagu pawana.

ad3ck: misteri nusantara gamaknya.

ez said...

hehe baru nak membesar la mamat tu..

teringat lagu gadisku versi unplugged korg selalu main dulu..