Friday, June 18, 2010

PAGI TADI

Pagi tadi, Hafiz Mahmud tag aku dalam gambar Lembaga Pengawas sekolah rendah dalam Facebook. Dia juga menge'tag' rakan-rakan lain yang terbabit dalam gambar tersebut. Oh, sungguh lucu dan gampang wajah masing-masing. Rata-rata masih dengan muka belum atau baru nak masuk akil baligh.

Dalam gambar tu kelihatan Huzaimi dengan muka tersenyum sampai telinga (mungkin sebab dia Ketua Pengawas), Raddy dengan muka macam nak menangis dan aku seperti biasa, mestilah kacak sentiasa (ptuih).

Oh ya, jangan harap aku nak letak gambar tu kat sini hahaha.

Pagi tadi, aku breakfast dalam acara solo di kedai mamak Hasan, Seksyen 3 Bangi. Megi goreng dia terbaek! Shidah pegi breakfast dengan geng dia hari ni. Tak lama melayan megi goreng dan replay match Argentina-Korea, datang satu geng 3 orang pakcik-pakcik naik satu Camry.

Sorang dok belek iPhone, sorang dok belek jam yang baru dibeli, sorang sibuk makan roti canai. Kejap diorang sembang pasal function-function jam baru tu. Jam canggih aku syak. Kejap lagi sembang pasal bola. Yang bestnya, salah sorangnya Cina. Tapi Cina yang jenis kalau cakap kat talipon kau tak tau yang dia ialah seorang Cina.

Tengok geng pakcik-pakcik ni terbayang aku esok-esok bila dah baya-baya pakcik-pakcik ni (kalau umur panjanglah). Ntah-ntah aku dengan Raddy esok-esok pun macam diorang ni jugak hahaha. Masih melepak kat kedai mamak, masih sibuk belek gadget, masih sibuk cerita pasal bola dan mungkin sibuk cerita macam mana nak jadi "lagi" kaya. Sebab masa tu mesti kitorang "sudah pun" kaya hahaha.

Sigh. How time flies.

7 comments:

GAFARO a.k.a. agentno9 said...

takkan gambar tu boleh naikkan shahwat sampai tanak posting?

yawaununalip said...

huahuahuaa.. yg wa perhatikan baru jap tadi kat Pelita, team lain pulok.. umo tahap bukan makcik-makcik, tp tahap wanita bekerjaya & memasing belek 'handphone' memasing.
si A belek IPhone, si D belek blackberry, lg sowang W kut.. tgh belek blueberry. si A tekial2 pk cemana laaa nak reply sms boipren dia guna IPhone neh. si D pulok baru pas hamek gamba rojak buah yg dah tinggal suku.. nak hapload kat fb tp tak reti.. si W tak dpt wat apa-apa sebab kredit abis, A & D dah bz layan hp memasing, W bebuat lah bz gak. senyap je meja tu mcm org asing gitu. baik dok umah je main hp sampai lebam takya jumpa kengkawan dahh..

khayalkhayal said...

Wa tau camne rupa lu dulu... eheks...

artisticklytouch said...

masa berlalu tanpa kita sedari. aku pernah jugak terfikir macam kau hehe kelakar pula rasa kalau dah tua pun duk melepak lagi

kita melepak kat masjidlah pulok

tembakau said...

oit. ada facebook? apa address?

pye:rudz said...

gafaro: terlalu menurunkan syahwat masalahnya!

yuna: macam-macam fiil.

najwa aiman: wa pun tau rupa lu dulu macam mana muahahaha!

artis: saya setuju! (sambil menyilangkan jari).

tembakau: nanti aku sms kau.

Anonymous said...

It is also possible Abercrombie and Fitch today to create your Abercrombie own custom polo shirts Abercrombie Sale wherein you can have your Cheap Abercrombie own logo embroidered Abercrombie outlet on the front of the shirt. abercrombie Jeans These custom polos are ideal for companies that are hosting an event of some kind. Abercrombie Pants They are also great to give away as promotional Abercrombie Tees items to company personnel for work well done. Clubs of all types take advantage of
Abercrombie Shorts custom polo shirts as do sports teams who wish to have all members Abercrombie Sweaters dressed the same when traveling together. Customized shirts are also great to use as staff clothing or uniforms for pubs, restaurants, hotels and a wide variety of other types of businesses.One of the most popular companies in business today that offers the custom polo shirts is LEADapparel. This online retailer offers custom embroidery services on orders of twelve or more shirts. The embroidery done is perfect and of the highest quality. Orders are processed quickly and shipped out within just a few days.