Friday, June 4, 2010

SELERA

Member gua bercerita itu ari:

Bang, malam ni rasa nak makan Mexican lah bang.
Ah?
Teringinlah nak makan Mexican (mengulang tanpa rasa bersalah).
Kat celah mana nak makan Mexican food?
Ada satu kat Pavillion.
...

Dan mereka 4 beranak pun pergilah ke Pavillion untuk menikmati Mexican food yang diidamkan oleh si isteri.

Kalau bini gua yang nak makan Mexican food, pantas aje gua ke kedai serbaneka 24jam atau ke Pasar Mini Ilsya.
Sambar Mister Potato satu tabung. Encik Potato tu orang Mexico ape?
Kehkehkeh.


***

Gua dah lama mogok makan kat cafe ofis gua. Bukan tak sedap masakan deme, sedap. Especially kuih-muih. Memang deme buat sendiri kuih-muih. Tapi gua start mogok sejak rakan sepejabat gua ada jumpa lipas dalam kuah kari dan telur lipas dalam mihun.
Ptuih. Gampangan. Pengotor betul.

5 comments:

GAFARO a.k.a. agentno9 said...

menu ari itu lipas masak kari n bihun telur lipas kot?

Fa-T said...

ehehe... gua dah lama tak menggoreng kat kefe opis gua... CIRIT... CIRIT bro...

tembakau said...

rasa macam mimpi je kalau2 dapat mengidam macam tu. kjp mexican, kejap italian. ku bagi penampor je...

Najwa Aiman said...

Operatornya orang yang sama dari kafe di Cheras dulu ke? Takkan kut...?

pye:rudz said...

gafaro: barangkali jugaklah.

fa-t: lain kali bawak bekal dari rumah bro.

tembakau: tapi bini dia tak mengandung pun hahaha.

najwa aiman: bukan... ini orang lain.