Thursday, July 22, 2010

JURNAL

Ye, saya sedar telah agak lama juga saya tak melontarkan perpsektif saya dalam blog ini. Masa dan komitmen kerja memang cenderung cemburu terhadap saya pada waktu-waktu begini. Oleh kerana eBlogger tidak pernah membayar gaji saya maka wajar sangatlah saya dahulukan komitmen kerja berbanding menulis di blog ini.



Dalam pada kesibukan itu, sempat juga saya bereksperimentasi dengan anatomi wajah saya. Tidak, saya tidak buat pembedahan plastik. Haram siot. Saya cuma "melanjutkan" apa yang biasa saya singkatkan jangka hayatnya. Itu saja. Tengoklah setakat mana saya boleh bertahan.

Oh ya, percutian ke PD baru-baru ini memang amat menyeronokkan. Penat boleh tolak tepi sebab keseronokan telah berjaya mengatasi kepenatan. Puas saya anak-beranak mandi laut. Surprisingly Mikael naik syok pulak main air. Terpaksalah saya bekira-kira nak buat swimming pool kat belakang rumah nampaknya.



Semut makin banyak pulak kat rumah. Entah apa benda yang dihurungnya, tiadalah dapat saya memastikannya. Mereka ini memang tak pernah kenal erti putus-asa. In fact, saya pula yang mulai putus-asa menyembur racun ke laluan-laluan mereka. Cilake sungguh.

Mikael pula makin hebat fiilnya. Kadang-kadang pening kepala juga dibuatnya. Kadang-kadang lucu tiada bandingan. Kadang-kadang entah hapa-hapa. Macam-macamlah dia. Takpelah, pada saya biarlah dia ligat dan aktif berbanding dia duduk diam monyok je. At least kita tau dia sihat dan cergas, kan?

Baru-baru ini juga saya ada rasa tercabar. Tercabar dek kenyataan yang saya kira menggabungkan unsur-unsur penipuan, ugutan, kebodohan dan kesombongan. Oh ya, dan tidak lupa juga unsur membodek. Saya sedang menimbangkan untuk menyahut cabaran itu secara serius. Untuk membuktikan bahawa takrif aset adalah melangkaui takrifnya sebagai material semata-mata. Ini kerana saya pasti dan yakin bahawa saya adalah salah satu aset yang mereka tidak hargai. Dan saya juga pasti ada yang lain juga mempunyai rasa yang sama. Anda tahu siapa anda, jangan berpura-pura.

Tapi Bunkface kata: Rasa! Resah! Jangan kau percaya... kata hatimu, kata hatimu. Entahlah, nanti saya muhasabah dulu.

Sudahlah tu, saya nak pergi solat Asar.

3 comments:

ad3ck said...

Bunkface salah tuh ehehehehe..Ini yang betul: Ikut hati menggunakan minda sebagai pemandu.

Najwa Aiman said...

Assets depreciate in value. Pekerja is the other way round. Liability? Sebahagiannya mungkin. Sebahagian yang lain - PROPERTY.

pye:rudz said...

ad3ck: ya, itu yang sebaiknya.

najwa aiman: tell this to "them" hahaha.