Wednesday, August 11, 2010

PAHIT

Adalah sesuatu yang menyakitkan hati kebanyakan kita apabila di tempat kerja, kita dikatakan tidak membuat kerja. Dan kita tahu bahawa kita sudah banyak berkorban demi kerja kita. Dan kita tahu tuduhan itu amat tidak benar. Dan kita tahu tuduhan itu satu kenyataan yang sangat umum dan cetek kadar intelektualitinya.

Tidak, ini tidak berlaku kepada saya tetapi rakan saya. Dan saya tahu amat perasaannya apabila dituduh sebegitu. Keji sungguh penuduh itu.

Mengapa agaknya ada antara kita yang tidak sukakan kerja kita? Semak balik, kita tidak suka KERJA kita ataupun BOS kita? Itu adalah dua perkara yang berbeza walaupun kita tahu dua perkara itu adalah set yang saling melengkapi antara satu sama lain. Melainkan kita berkerja sendiri.

Ya, sebenarnya kebanyakan kita ada masalah dengan bos di tempat kerja kita sebenarnya. Dan kebanyakan kita tidak faham antara kedudukan bos dan kedudukan kita di tempat kerja. Bos di atas, kita di bawah. Bos ada kuasa ke atas kita. Dan itu adalah hakikat berorganisasi.

Dan ada juga antara kita yang bertanya: Bos tu bukannya betul sangat pun. Kalau bos tak betul macam mana kita nak ikut? Jawapannya ialah: Kena ikut jugak sebab dia bos. Sebab dia yang bertanggungjawab di atas segala arahannya. Sepatutnyalah.

Ada juga kes yang berbunyi: Iyelah, kata ikut arahan, lepas tu bila kantoi (screw-up) di tudingnya kita. Padahal kita ikut arahan ni. Jawapannya ialah: Confront bos pada waktu mood beliau bagus, privately. Berbincanglah. Stand-up for your right.

Masih tidak puas hati? Resign saja.

Inilah lebih kurang perkara yang saya belajar dalam kursus dua hari lepas di Parkroyal, Kuala Lumpur berkaitan cara menguruskan bos.

Seperti lazimnya, saya suka melihat sesuatu perkara dari perspektif yang berbeza-beza. Dan saya masih melihat-lihat di mana silap atau benarnya silibus kursus semalam.

Hakikat itu biasanya pahit, namun kita terpaksa juga menelannya. Bukan?

5 comments:

Fa-T said...

dah bertahun gua telan..

GAFARO a.k.a. agentno9 said...

kalu nasihat rakan sekerja saya senang je.............

LANTAKKAN...

dan sampai sekarang dia masih bekerja walaupun berbagai onak duri cabaran kerja mendatang.

kookabooras said...

gau amik pendekatan resign. skg da keja kat tempat lain

Najwa Aiman said...

Sebenarnya memang ada segelintir pekerja yang tak sukakan KERJA mereka.

pye:rudz said...

fa-t: nak buat camane, kan?

gafaro: itulah, LANTAKKAN ialah satu pendekatan yang lazim diguna pakai oleh kebanyakan kita.

kookabooras: tak semua orang mudah dapat kerja bro.

najwa aiman: itu memang amat betul