Thursday, August 26, 2010

CUTI PANJANG

Esok 27 Ogos, Selangor cuti - Nuzul Quran. Selasa depan 31 Ogos, satu Malaysia cuti - Merdeka. Hari Isnin 30 Ogos, gua cuti. Jumlah cuti yang bakal gua tempuhi termasuk weekend - 5 hari! Pergh, memang terbaek di ladang-ladang dan lautan dalam.



Walau bagaimanapun, gua dah ada macam-macam plan dan perkara yang perlu diselesaikan sepanjang 5 hari cuti nih. Harap-harap semua dapat dibereskan dengan jayanya seberjaya Bas Srijaya suatu ketika dulu.

Laju betul tahun nih, sedar-sedar dah nak raya. Rasanya macam baru je kelmarin gua teropong tengok anak bulan dengan orang NASA dekat Port Dickson. Sehingga ke hari semalam, gua belum pernah berbuka dengan fast food. Dan sehingga ke hari semalam juga, gua belum pernah berbuka di luar pun lagi. Hebat bukan?



Baju raya dah settle. Kasut raya anak dah settle. Kasut raya bapak dengan mak si anak je yang belum settle. Gua ingat nak mintak En. Chuck Taylor custom satu kasut untuk gua, tapi sampai hari ni dia tak respon. Sekali gua semak rupanya dia dah "check-in and never check-out" tahun 1969 dulu. Patutlah tak berbalas SMS gua.

Mikael dah bebas HFMD, alhamdulillah. Cuma tinggal batuk dan selsema saja yang belum hilang. Harap-harap pulih sepenuhnya lah weekend nih.

Selamat berbuka puasa.
Selamat menghayati Nuzul Quran.
Selamat Hari Merdeka.

3 comments:

Fa-T said...

gua ucap awal2... semuga keluarga lu beraya dengan tenang dan gumbira

Najwa Aiman said...

Memang tenang dan gumbira laaa... Segambut - Ulu Klang je... Semasa raya pula tu... Satu-satunya yang tak raya semasa raya ialah jalan raya di KL!

pye:rudz said...

fa-t: awal sangat tu beb.

najwa aiman: memang bahagia beb!