Tuesday, January 18, 2011

APA KHABAR?

Apa khabar gua tanya sama blog gua, hantamkromo. Oh, beliau baik-baik saja cuma kekurangan masa dek tuntutan kerja dan segala.

Macam-macam perkara berlaku dan berlalu sepanjang tempoh gua gagal mengemaskini blog ini. Sampai sekarang ni pun gua masih ada rasa malas lagi. Kadang-kadang nak tanya jugak sama Mazlan, Shaklee ada jual vitamin anti-malas tak? Kalau ada nak jugak gua try seround.

Dua minggu lepas berturut-turut gua kena kerja hari Ahad. Memang penat sebab gua kena letak Mikael kat Keramat hari Sabtu, pagi-pagi buta Ahad pegi ofis - kerja, abis kerja tengah hari balik Keramat, lewat petang Ahad tu balik Seri Putra balik. Best tak? Macam setan penatnya.

Dan dua-dua minggu lepas juga gua gatal nak follow si Raddy ambik gambar adik Huzaimi kawin. Dah commit, kena la gua buat keje betul-betul, kan? Memang gua tak expect pun shots yang gua ambik boleh jadi marveles sebab objektif gua ialah BELAJAR. Kalau ada shots yang bagus dan berguna, alhamdulillah. Frankly ini adalah kali kedua gua pegang kamera DSLR untuk shooting. Kamera pun pinjam Angah punya. What do you expect, kan? Dan banyak jugak benda gua dapat belajar dari Raddy. Dan bohong jugaklah kalau gua kata gua tak penat.

Mikael beberapa hari kebelakangan ni macam-macam hal ragamnya. Boleh hilang sabar jugak dibuatnya kadangkala. Namun apabila mengingatkan orang tua kata ragam budak nak dapat adik memang macam tu, maka kami tingkatkan saja kesabaran di jiwa.

Kereta gua elok sikit rupanya dari bungkus belacan kat Batu Kurau. Dah ntah berapa minggu ntah tak mandi betul-betul. Asyik mandi hujan je. Biasanya kalau kita tak boleh ingat sesuatu tempoh tu maknanya memang dah lama lah tu.

Gambar anak buah gua Ariana Maisara pun gua tak sempat nak update kat blog nih. Nantilah, weekend ni kalau sempat gua letak.

Kepala-kepala semua pegi Germany. Ntah kerja ntah makan angin, gua apa peduli? Pandai-pandailah diorang, semua pun dah akil baligh. Kalau blackout ke hapa ke, pakailah TORCH-light, kan? Tak pun, WANG IHSAN itu ari kan ada lagi? Pakai je lah. Damn. <- ini perenggan benci.

Abang Shidah ajak pegi PD weekend nih, dok chalet katanya. Chalet mana ntah, gua pun tak tau. Kemungkinan besar gua akan menyahut cabaran "percutian tengah-tengah bulan" yang dianjurkan beliau itu. Tengoklah keadaan semasa. Tengoklah balance wang ihsan yang ada.

Kenapa ramai orang marah sangat Ana Raffali menang AJL 25, gua pun tak tau. Teori gua mudah saja, dia bukan faveret kebanyakan rakyat Malaysia. Ramai orang lebih suka Faizal Tahir, Yuna, Black, Hujan dan lain-lain. Faizal Tahir gua syak lebih ramai lah. Ini kenyataan dan bukan pembohongan. Pada pemerhatian gua, lagu Ana Raffali istimewa sebab lagunya adalah berkonsepkan poetic dengan unsur folk yang modern.

Gua bukan lawyer minah ni pun, tapi bagilah justice dan dignity sikit beb. Ini bukan pakai undi SMS punya contest, ini pakai juri yang berpengalaman punya contest. Dan perlu diingat ini adalah contest untuk lagu dan bukan contest untuk populariti atau glamour atau performance props.

Gua mula-mula syak Meet Uncle Hussain yang boleh menang, tapi bila diorang announce Ana Raffali menang gua serta-merta terkejut. Tapi lepas gua recall balik, dia juga layak menang apa? Dahlah, malas gua nak cerita banyak hal AJL 25 ni. Nak tau banyak lagi pegilah baca majalah hiburan.

Oh, gua nak gerak dulu. Hari ni ada pasar malam kat rumah gua. Nasik kerabu Wan Atiq dengan lauk daging bakar adalah juadah faveret gua.

Adios.

5 comments:

me3n said...

Mikael nak dapat adik? Alhamdulillah syukuuur

Fa-T said...

dalam malas-malas lu... mikael pun dah nak dapat adik.. kahkahkahkah

Najwa Aiman said...

Oooo... Mikael nak dapat adik... Patutlah lu asyik penat je... Overtime rupa-rupanya...

Najwa Aiman said...

Oya... lupa tambah... Lu takperlukan pil dari Shaklee... Lu sebenarnya perlukan Tongkat Ali... ekekeeke...

pye:rudz said...

me3n: alhamdulillah. harapnya semua baik-baik di awal trimester ini.

fa-t: kalau rajin-rajin lagi, adik mikael pun dapat adik kehkehkeh... btw, aku ada masalah nak letak komen kat blog kau lah bro. canggih sangat.

najwa aiman: itu belum overtime lah, kalau overtime... sila rujuk jawapan untuk fa-t di atas.