Monday, January 3, 2011

SILA PANDANG DEPAN

Tajuk entri adalah bersamaan dengan vice-versa kepada filem seram tempatan yang menjadi satu fenomena suatu masa dulu, Jangan Pandang Belakang. Dengan harapan tahun 2011 ini akan menjadi satu fenomena kepada hidup gua. Kalau tak, gua dengar lagu Fenomena je lah.

Hal-ehwal azam ni gua dah malas nak sebut. Dah banyak sangat azam dah keliling gua. Ada Adzam Khodzin, Azam Mohd Isa, Azam Ismail, Azam Wahab dan si Azam kawan Syamil pun ada. Cukup-cukuplah tu.



Apa sekalipun, selamat maju jaya kepada semua dan semoga tahun ini akan menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Sila pandang depan dan jangan sibuk nak pandang belakang je.

4 comments:

Fa-T said...

ber"azam" sungguh member2 lu...

Najwa Aiman said...

Errr... wa ada "D"! Wa ada "D"!

Anyways... wa setuju. Tak perlu tunggu tukar tahun nak berazam. Hari-hari wa berazam. Setiap malam pun sekarang ni. Entah kenapa sekarang ni wa berazam setiap malam... isy...

pye:rudz said...

fa-t: memang penuh keazaman mereka ini.

najwa aiman: azam nak tambah anak ke yang setiap malam tu kehkehkeh...

GAFARO a.k.a. agentno9 said...

''Dengan harapan tahun 2011 ini akan menjadi satu fenomena''

lu nak buat apa ni bang? cam best je?