Monday, February 7, 2011

CATATAN RUNCIT

1. Cuti Raya Cina kali ini memang betul-betul merehatkan. Jalan Kolumpo tak jam, shopping complex tak crowded dan bangun tido lambat adalah nikmat duniawi yang paling nikmat sekali.

2. Mengemaskini laman rumah dan tanaman kontan mini adalah aktiviti yang memenatkan namun menggembirakan.

3. Mengemaskini sawang dan habuk di rumah pula adalah memenatkan. Tak berapa nak gembira sebab terpaksa.

4. Melawat Cik Leman yang kemalangan pada minggu lepas agak menginsafkan. Dah tua-tua kena eksiden ni memang letih beb. Dan itu jugaklah first time gua tengok Cik Leman berjambang seumur hidup aku.

5. Menanam limau kasturi dengan kaedah paling primitif (dari bijik yang dikeringkan sendiri) adalah ujikaji terbaru gua dalam bidang botani. Gua insist nak cuba walaupun ada pihak mencadangkan supaya aku beli aje anak pokok kat nursery.



6. Mikael dewasa kini kemaruk menonton DVD Cars. Dah lama dah gua beli. Dulu dia tak berapa into sangat cerita Cars nih. Malam tadi nak tido pun boleh request nak tengok Cars. Budak lelaki memang begitu gamaknya.

7. Pokok cili padi gua nampaknya macam sakit. Mungkin tak cukup nutrien atau mungkin akibat serangan ulat terbang warna putih (mak gua kata binatang tu dipanggil bena) yang suka menyibuk kat bahagian bawah daun. Gua kini dalam proses memulihkannya.

8. Black Pocket gua akhirnya dicuci pada Jumaat lalu. Kereta hitam ni kalau bersih memang kacak. Apatah lagi kalau tuannya pun dah memang kacak. Pergh, cerita banyak pun tak guna. Oh ya, Black Pocket ialah nama yang baru gua cipta untuk kereta gua. Copyright Reserved.

9. Mikael lebih mahir bermain iPad berbanding gua. Tapi gua tak kecik hati pun.

10. Gua ada bercadang nak upgrade ke Astro B.yond tetapi terpaksa membatalkan hasrat tersebut setelah Padil (jiran sebelah) kata sama je, kalau time hujan dia tetap akan keluar Services currently not available. Apa barang beb?


Nota: Gong Xi Fa Chai kepada yang menyambutnya!

11 comments:

GAFARO a.k.a. agentno9 said...

rajin lu bekebun ye...by da way bena tu masa gua kecik gua suka layur dengan lighter takpon sembur dengan air..

musuh bena adalah kumbang kura kura
atau ladybug.

Fa-T said...

ribut adalah musuh astro...
tika hujan.. astro adalah musuh gua!

tembakau said...

no 9. terpelanting cawan teh aku dibuatnya!

tembakau said...

no 9. terpelanting cawan teh aku dibuatnya!

pye:rudz said...

gafaro: rajin sangat tu takde lah... runcit-runcit aje...

fa-t: ntah bila diorang nak improve ntah.

tembakau: kau patut tengok cara dia flip from page to page... aku tengok pun ternganga!

Najwa Aiman said...

Ada i-pad dah...? Ekekekeke... best!

pye:rudz said...

najwa aiman: kehkehkeh... makcik dia punyalah... gua mana lalu nak beli bro.

hermankasro said...

baru nak pinjam i-pad kat mikael. "uncle ni kawan papa mikael, tau" Oh, satu peringatan daripada org kerja Astro, B.Yond tak boleh ngadap lama2. jem dia.

pye:rudz said...

herman: kabare? nak pegi majlis lizzam kawen?

Muhaimin said...

Kalau Black tuh ganti warna lain tapi tetap ada Pocket, dikira langgar copyright gak ke? ;p.

pye:rudz said...

memen: tak. kau nak pakai blue pocket ke? kehkehkeh...