Wednesday, March 16, 2011

VEHICLE

Seorang pelumba berbakat disuruh bersaing dalam F1 tetapi hanya diberikan kereta komersil (yang digunakan di jalan raya). Lucu bukan? Tapi itulah hakikat.

Mana mungkin boleh bersaing? Bentak pelumba itu. Namun bentakannya itu hanya mati situ lah saja. Apalah daya, pelumba itu hanya insan biasa. Marhain. Hendak tak hendak, berusahalah dia sedaya-upaya bersaing dalam persaingan F1 itu. Dengan niat tidak mahu pasukannya mendapat malu kerana sekurang-kurangnya mereka bersaing. Naik podium atau tidak, itu bukan argument yang valid.

Seperti yang kita maklum, sukan F1 sentiasa berevolusi dan semakin sengit. Ada saja peraturan dan syarat yang dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Dan pelumba tadi masih diarahkan supaya menggunakan kereta komersil yang sama. Metaforanya, badut yang memang kerjayanya melawak pun tidak sanggup melawak jika humor yang sama diguna-pakai berulang-ulang kali, bukan?

Untuk kesekian musimnya, pelumba itu masih lagi disuruh berlumba dalam F1 dengan kereta komersil yang sama. Gila apa mereka ini?

Maka duduk termanggulah sang pelumba seraya berfikir dan berteori bahawa: Mungkinkah sebab pelumba ini mampu memberikan persaingan dalam F1 walaupun hanya dengan memandu kereta komersil yang membuatkan ketua pasukannya beranggapan bahawa pasukannya masih mampu bersaing?

Walhal ketua pasukan itu tidak tahu bahawa luarannya saja nampak seperti kereta komersil, isi perut kereta itu memang tidak terduga hebatnya. Namun, itu semua adalah hasil usaha titik peluh pelumba itu sendiri. Nak harapkan peruntukan dari pasukan? Kirim salam! Apatah lagi nak bagi sokongan moral mahupun nak mendengar masalah pelumba itu sendiri. Hampeh.

Tibalah satu tahap di mana pelumba itu sudah fed-up nak berlumba lagi. Iyelah, keretanya yang sama jugak tak ditukar-tukar.

Apakah nasib si pelumba itu jika beliau dengan selamba dan beraninya memaklumkan kepada ketua pasukannya bahawa dia sudah tidak mahu berlumba lagi kerana keretanya sudah tidak mampu lagi bersaing dalam F1? Wajarkah beliau berbuat demikian?

4 comments:

Najwa Aiman said...

Nak kena pecat cubalah... ekekekekekeke...

p/s: Isu Open Day ke ni?

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

nasib labu labi...

Fa-T said...

pelumba F1 makan gaji...
boleh cuba makan gaji dengan team lain..

pye:rudz said...

najwa aiman: oh tidak... ini bukan isu open day ;)

toi: kehkehkeh...

fa-t: pelumba tu tengah nak carik2 team lain lah tu...