Wednesday, August 24, 2011

PULPFIX: BATAL

Jamal Yahya sedang bersiap-siap wudhu' hendak ke surau untuk solat tarawikh seperti selalu-selalu. Ini dah masuk 10 malam terakhir, kena lebih sikit beribadat nih, getus hatinya sambil mengingati pesanan Ustazah Hamidah.

Jamal Yahya biasanya ke surau hanya dengan berjalan kaki. Lebih sikit pahala katanya. Setiap langkah menghapuskan satu dosa, menambahkan satu pahala dan menaikkan satu darjat. Begitu kata narrator di televisyen yang mengulas salah sebuah hadith apabila masuk waktu solat. Jamal Yahya tersengih tanda kemenangan.

Di surau kelihatan ramai pakcik-pakcik, makcik-makcik, atuk-atuk, nenek-nenek dan tak ketinggalan rakan-rakan sedarjah Jamal Yahya yang sedang menunggu iqamah pak bilal untuk menunaikan solat Isya'.

Sedang Jamal Yahya sibuk-sibuk mencari parking selipar yang solid dan selamat, Rahman Bagak datang menegur. Rahman Bagak ialah budak sekelas Jamal Yahya yang berbadan besar namun bersuara halus. Budak 8 tahun, mestilah speaker belum pecah lagi.

Wah, selipar raya ke Jamal?
Haah. Selipar puasa dan Hari Raya sekali mak aku kata.
Bila kau beli selipar nih?
Dua hari sebelum puasa lagi.
Tiap-tiap hari ke kau pakai selipar ni pegi tarawakih?
Iyelah. Kenapa?
Kau datang surau dah siap wudhu' kan?
Haah. Kenapa kau banyak sangat tanya nih?
Aku rasa... semua sembahyang tarawikh kau tak sahlah Jamal.

*****

Mak Tom yang sedang sibuk membuat kuih samperit di dapur terkejut dan kehairanan apabila terdengar suara Jamal Yahya sedang menangis di ruang tamu. Tak pegi tarawikh ke budak nih? kata Mak Tom dalam hati. Tadi bukan main berkobar lagi, aku lainlah ada MC, kata hatinya lagi.

Ini semua mak punya pasal la nih.
Hoh? Apanya yang mak punya pasal?
Penat je Jamal solat tarawikh... tapi tak sah.
Kamu kentut masa solat siapa suruh?
Mana ada kentut... tu... cuba tengok selipar yang mak belikan tu...




Inspired by: Angry Birds di bulan Ramadhan.

7 comments:

Najwa Aiman said...

Bila nak mencarut, maka katakanlah "Sesungguhnya aku sedang berpuasa... sesungguhnya aku sedang berpuasa."

Cet...! Nasib baik wa tengah puasa nih! Ciszz....

sevven said...

Bagus betul pilihan nama-nama watak cerita ni... :P

pye:rudz said...

najwa aiman: muahahahaha

sevven: hahahahaha hanya permata mengenal manikam.

Fa-T said...

owh tuhan... sesungguhnya aku sedang berpuasa. peliharalah diriku dari segala carutan

kuchalana said...

kakaka.. watak2 ni mcm biasa ku dgr..

Muhaimin said...

Ini kalau dah samak pun masih tak boleh pakai! ;p.

pye:rudz said...

fa-t: lepas buka puasa nanti boleh mencarut heheheh

kuchalana: ini nama-nama legend kat skolah aku nih...

muhaimin: memang foul!