Thursday, September 8, 2011

10 FAKTA LAJU: SYAWAL 1432

1. Gua tak sempat buat baju raya sedondon dengan anak-bini tahun ni. Takpe, next time bebeh.

2. 1 Syawal menyaksikan gua mengalami kerengsaan perut lantas membantutkan selera makan. Dah petang-petang sikit baru boleh full swing.

3. Kuih raya mak gua banyak gila. Gua pun tak tau bila boleh habis semua kuih tu.

4. Kuah lontong mak gua adalah antara yang terbaek di dunia setakat ini.

5. Plain three-quarter baseball shirt adalah satu-satunya pakaian yang gua beli sempena hari raya tahun ini.

6. 6-7 Syawal dihabiskan overnight bersama kawan-kawan di Sungkai - mandi air panas. Memang terbaek beb. On the way pegi sempat layan nasik mamak gamit di Ipoh. Balik pulak layan pau Yik Mun di Tanjung Malim. Fuh, i love my country.

7. Tahun ni berjaya juga gua pacak Jalur Gemilang kat pagar rumah. Dah lama teringin nak buat.

8. 2 Syawal menyaksikan gua ke Kg. Bukit Bangkong, Sepang (kampung mak mertua) seperti lazim tahun-tahun terdahulu. Specialnya tahun ini ialah hidangan sate - isteri sepupu Shidah adalah peniaga sate. Memang gua sesah cukup-cukup beb. Eat all you can. Eat till you drop. Eat till you fat. Dan lain-lain yang seumpamanya.

9. Tahap obses Mikael terhadap iPad membuatkan gua berfikir akan kewajaran memiliki gajet tersebut. Sebenarnya wajar atau tidak? Timbang-timbangkan.

10. Gua kehilangan seorang jiran Isnin baru-baru ni kerana serangan sakit jantung - itu punca kematian yang diberitakan. Arwah Jamadi Atan was just 35. Al-fatihah.


Nota: Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

10 comments:

Fa-T said...

yaa..
ada berita jenis tak kesah,
ada berita jenis terbaik-terbaik,
ada berita jenis gembira,
ada berita jenis sedih,
padat!

Herman said...

iPad ni memang benda giler, dan pengaruh besar bro. Kalau da beli, add face time gua k.

arman said...

no 6 terbaikkkk...

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

huh..no 7 tu patriotik gilee..salutee

Najwa Aiman said...

Untuk no. 7 wa boleh bantu dengan tulus ikhlas. Meh sini iPad tu wa sorokkan daripada Mikael.

pye:rudz said...

fa-t: semua pun sekarang mesti ringkas dan padat. baru cepat.

herman: itulah pasal kena ditimbangkan betul-betul nih.

arman: memang terbaek!

toi: siapa lagi nak sayangkan negara kalau bukan kita sendiri, ye tak?

najwa aiman: cheh, baik gua aje yang sorokkan.

GAFARO a.k.a. agentno9 said...

ai pad?.. canggih la korang!!!

mamabio said...

err.. sate tu 'suami' sepupu shidah yg jual.. isteri peniaga sate itulah sepupu shidah.. ;)

pye:rudz said...

gafaro: ipad tu memanglah canggih, tapi gua belum memilikinya pun lagi muahahaha...

mamabio: ya... dia lebih arif tentang salasilah keluarga beliau ;P

adsumabsum said...

#10 tu Tamparan Ilahi untuk kita semua.Tak kisahlah, 35 or 85, bila masa dah tiba, innalillahi wa inna ilahi raji'un.