Wednesday, November 9, 2011

TABUNG

Baru-baru ini kecoh perihal PTPTN yang tidak lagi mampu/mahu menaja pelajar kita. Sebagai warganegara yang bekerja dalam education line, saya juga rasa tercubit dengan cadangan badan terbabit.

Biar saya bagi gambaran daripada perspektif pelajar dan ibubapa berkaitan perbelanjaan untuk pendidikan pada hari ini.

Pelajar lazimnya keberatan melanjutkan pelajaran di institusi pengajian yang tidak boleh menawarkan pinjaman pelajaran. Ini hakikat.

Ibubapa lazimnya keberatan menghantar anak mereka melanjutkan pengajian di institusi yang tidak boleh menawarkan pinjaman pelajaran. Ini hakikat.

Pelajar dan ibubapa lebih cenderung ke institusi yang yuran pengajiannya lebih murah atau percuma. Ini juga hakikat.

Mudahnya, duit adalah pokok utama. Tak ada duit, mereka tak nak sambung belajar. Kita tolak tepi dulu faktor kesedaran menabung para ibubapa untuk pendidikan anak-anak. Itu cerita lain.

Isu sebenar yang saya lihat ialah kegagalan peminjam membayar semula pinjaman selepas tamat belajar walaupun sudah bekerja. Implikasinya ialah, tabung pendidikan menjadi kontang kerana tiada duit yang roll-in untuk disalurkan kepada generasi baru peminjam.

Memang dah ada inisiatif pihak tabung untuk "memaksa" peminjam degil ini membayar semula pinjaman mereka. Antaranya ialah memblacklist mereka dari pegi oversea dan tidak dapat approval untuk loan dengan bank. Yang kedua ni tak sure how deep they went to implement it. Yang tak boleh pegi oversea tu memang confirm sebab Faizal Tahir pun tak boleh pegi Indonesia untuk Anugerah Planet Muzik itu ari dan budak ofis aku sorang pun ada kena jugak baru ni (kehkehkeh degil lagi bayar hutang).

Ini cadangan saya kepada pihak tabung on top of effort yang mereka dah lakukan:

1. Adjust lah dengan EPF. Instead of peminjam degil ni carum untuk lepas pencen, carumlah dulu untuk kasik settle study loan diorang dulu. All you need is their IC number je kot untuk detect employment movement diorang. Mungkin pendekatan ini tak boleh selesai masalah 100% tapi at least dah boleh reduce the badlock dan ada lah duit masuk untuk keep the fund rolling.

2. Majikan juga patut diberi peranan/authority untuk membuat forced salary deduction kepada PTPTN untuk pekerja yang berhutang dengan pihak tabung. Of course, majikan perlulah membuat semakan dengan data pihak tabung.



Ini pulak nasihat saya kepada peminjam yang degil tak mau bayar balik loan:

Bayarlah woi! Nama pun pinjaman. Kalau loan kereta tu pandai pulak korang nak bayar. Fikir sikit untuk generasi akan datang yang boleh jadi anak-cucu korang jugak esok. At least buatlah pemotongan gaji, RM50 sebulan pun boleh rasanya... janji bayar.

Bayangkan kesan kepada pembangunan negara jika rakyat tidak berilmu. Atau lebih tepat tidak mahu menimba ilmu untuk memajukan diri (at least) kerana... tidak berkemampuan. Macam mana Malaysia nak maju? Think about it.

Kenapa kerajaan tak mahu/mampu bagi pendidikan percuma kepada rakyat macam di Germany? That is totally a different topic.

7 comments:

Fa-T said...

kerja dengan menggunakan kelulusan pendidikan yang tidak dijelaskan hutangnya...
ke mana berkatnya hasil gaji tu nanti untuk digunakan pada keluarga

kuchalana said...

yop.. aku agree dgn hal epf tu.. wajibkan..

futher, aku percaya kerajaan kne tgk balik konsep PTPTN dgn biasiswa. Macam zaman kita dolu2.. la ni 1 bilion dana depa burn sbb budak2 xbayau balik..

Lagi satu.. HR tiap company pon patut letakkan hal PTPTN ni masa interview.. bagus camna pon.. klu xbayau ptptn.. xpyh amek kerja..

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

hahaha..

bila institusi pengajian dijadikan tempat buat keuntungan...

hospital juga tempat buat duit...

makanan juga dibuat duit...

zaman gua dulu...cuma ada biasiswa bkn pinjaman..

Najwa Aiman said...

Pinda Akta Kerja 1955. Tak payah sibuk minta kebenaran bertulis Ketua Pengarah Tenaga Kerja untuk potongan gaji bagi sebab bayar pinjaman pelajaran (mahupun sebab-sebab lain). Ketua Pengarah Tenaga Kerja tu siapa nak sibuk-sibuk menguruskan hal kewangan peribadi orang lain? Dah le nak dapat kelulusan simple macam tu pun ambil masa lebih 6 bulan.

pye:rudz said...

fa-t: seseorang yang dah belajar tinggi sepatutnya mampu memikirkan perkara itu.

kuchalana: tak boleh jugak bro... tak keje camane nak ada duit? takde duit lagilah tak boleh bayar hutang... kan?

toi: itulah dunia. materialistik. ini juga hakikat. hehehehe...

najwa aiman: huh, tak sia-sia lu belajar law bro. apalagi? bawak masuk parlimen lekas!

GAFARO a.k.a. agentno9 said...

gua gak la masa belajar tak buat pinjaman

yay!!!

pye:rudz said...

gafaro: sama!