Thursday, March 15, 2012

KESUKAAN

Di sini disenaraikan beberapa perkara yang menjadi kesukaan/kegemaran kebanyakan rakyat Malaysia, berdasarkan pemerhatian saya.

1. Suka memperlahankan kenderaan untuk menonton eksiden. Yang sibuk menolong biasanya orang tow truck.

2. Suka berangan bila traffic light dah hijau dan sibuk nak jadi Schumacher bila lampu dah merah.

3. Suka komplen bila tempat awam seperti tandas, jalanraya, taman permainan dikotori sampah-sarap tapi tidak rasa bersalah apabila membuang sampah merata-rata. Paling gampang, dah kencing pun malas nak flush dan dengan selamba badak bukak tingkap kereta lalu membuang sampah keluar tingkap.

4. Suka memandu di lane tengah atau lane laju dengan kelajuan yang tidak wajar lantas membebankan pengguna lain. Mereka selalu ingat mereka dah cukup laju untuk duduk tengah-tengah highway. Ingat kau highway star?

5. Banyak penunggang motosikal main suka keluar je dari simpang tanpa berhenti. Bagi signal apatah lagi. Tak pikir ke kalau kena sodok dari belakang siapa yang teruk?

6. Hal yang sama juga lazim berlaku di roundabout. Main suka nak keluar je.

7. Masih banyak yang tak tahu (atau purak-purak tidak tahu) bahawa kita perlu berhenti secara automatik di zebra crossing apabila ada orang melintas. Tak kiralah lampu isyarat tu rosak atau tidak.

Itu saja buat masa ini. Sekian, terima kasih.

2 comments:

panggil aku SM said...

nasib baik aku bukan tergolong dalam kalangan orang no.1 sampai no. 6 tu. no. 7 pulak aku tak tau sebab tak pernah perasan kat mana wujudnya zebra crossing kat malaysia ni. hahahaa!

Fa-T said...

gua nyaris2 nak terajang brader jenis nombor 7.... rujuk entry gua..