Thursday, September 20, 2007

IFTAR


Banquet function from Corbis

Mungkin ada yang tak familiar dengan perkataan ni. Tapi yang jelas dan mudah, maksudnya berbuka puasa.

Bulan Ramadhan ni banyaklah majlis-majlis iftar diadakan di merata-rata tempat. Jadinya, penuhlah aktiviti mingguan kebanyakan orang yang berpuasa (dan mungkin juga tidak) dek kerana jemputan-jemputan yang diterima untuk ke majlis iftar.

Bila sebut majlis berbuka puasa je kita bayangkan buffet spread di hotel-hotel. Jaranglah kita teringat masjid/musalla yang sepelaung dari rumah kita tu (walaupun aku tak pernah berbuka di masjid umah aku). Kenapa? Sebab kita sudah lama dimomokkan dengan perkara-perkara largho sebegitu.

Tak perlulah bila kita sebut majlis berbuka puasa je, hotel yang terlintas, restoran hebat yang terbayang dsb. Yang penting, kita dapat berbuka puasa, itu sudah mencukupi. Bonus kalau dapat bersama ahli keluarga beramai-ramai dan kawan-kawan yang best.

Iftar. It's not necessarily has to be done in a fancy way.

2 comments:

Najwa Aiman said...

Bro, ofis hang punya tradisi Majlis Iftar tahun ni bila? Dah selesai ke?

shida said...

esok.. 28/9/07. interested ke? dtg ar klau brani.. hikhihii..