Tuesday, April 29, 2008

BERBALOIKAH?


Peta dunia: Biru - 1st World, Merah - 2nd World, Hijau - 3rd World

Negara kita dikategorikan sebagai Negara Dunia Ke-tiga (Third World) kata bijak pandai yang rata-ratanya kapir. Ada juga yang menggelarkan negara kita sebagai Negara Membangun (Developing Country). Aku tak kisah dan aku tak peduli pun sebenarnya. Apa yang aku tahu, kebanyakan 3rd World berusaha untuk menjadi negara maju yakni menyaingi 1st World. Yang itu pun aku tak kisah dan tak peduli.

Yang aku peduli adalah pembangunan kemanusiaan (humanitarian development) 3rd World yang berlumba-lumba nak jadi negara maju nih. Especially negara Hadhari-ku ini (relevan lagi ke istilah ni selepas GE itu ari?)

Tengok saja isu korupsi. Kenapa manusia suka corrupt? Sebab nak jalan mudah untuk senang. Duit. Itu yang nak dikejarkan. Nak sara hidup, nak tanggung keluarga, nak bayar rumah, nak bayar kereta dsb. Kerja macam nak mampos, tiap-tiap bulan duit tak pernah cukup. Sebab tu manusia suka corrupt. Walhal, kita taknak admit yang kita ni mengalami inflasi sebenarnya.

Nak jadi negara maju? Apa faedahnya kepada rakyat? Dalam berstatus negara membangun ni pun masih ada rakyat yang rumahnya takde bekalan air sempurna, malam masih berpelita dan hidup pun masih mengharap ihsan jelata. Tengok saja rancangan Bersamamu TV3 dan seumpamanya yang ntah dah berapa season tak abis-abis. Apa maknanya tu?

Lihat pulak perangai budak-budak skolah (atau budak hingusan) sekarang. Bandingkan dengan zaman 70an - 90an dulu. Ada macam gini perangainya?
Termengandung? Biasalah tu.
Hisap rokok dengan selamba dalam uniform? Biasalah tu.
Shoot video 18SX dan broadcast ke web? Biasalah tu.
Kalau semuanya biasa, abis apa yang luar biasa?

Mereka bilang, itulah harga kemajuan.
Bullshit (Berak lembu) aku kata.

4 comments:

sevven said...

Man, this time I really have to say that you’re missing the point.

pye:rudz said...

"missing the point" is my middle name. ;)

Najwa Aiman said...

wooo... this is like... heavy mannn... like.. you know... like global mannnn...!

this is whati'mtalkin'about mannnnn...

pye:rudz said...

macam battery heavy duty ke?