Sunday, April 20, 2008

NAIK


Padi

Harga beras dah naik. Benda yang paling dikhuatiri atau yang paling dirisaukan oleh rakyat mana-mana negara sedang berlaku di negara kita.

Roti buku yang boleh dikatakan makanan ruji kedua rakyat Malaysia juga naik! Tepung juga tidak ketinggalan untuk ikut the price increase bandwagon! Apa dah jadi YB sekalian?


Takkan tak kenal haiwan comel ini?

Saham babi Malaysia juga naik! Ada ladang moden berpusat terbesar hendak didirikan di Sepang, Selangor. Baru-baru ini, China juga menyatakan hasrat untuk mengimport babi dari Malaysia. Hadhari sungguh negara ku ini.

Hari ini, harga petrol dunia juga dilaporkan naik ke harga yang hilang akal! Buckle-up for a new higher petrol price my fellow Malaysians!

On the other note, gejala sosial dan kebanjiran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) juga semakin membimbangkan kenaikan statistiknya. Kadangkala aku rasa macam aku ni pendatang kat negara aku sendiri. Rasa marah dan menyampah semakin menebal bila PATI ni yang banyak buat kes jenayah di negara kita. Syed Hamid Albar kena jawablah perkara ni.

Semua perkara berkaitan kenaikan ini cenderung menyebabkan darah aku NAIK juga. Cheiss...

1 comment:

Teclado e Mouse said...

Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Teclado e Mouse, I hope you enjoy. The address is http://mouse-e-teclado.blogspot.com. A hug.