Friday, January 16, 2009

ESOK

Malam nih aku balik Keramat seperti minggu-minggu sebelumnya.
Esok pagi nampaknya terpaksalah aku ponteng aktiviti kejiranan yang kali ini dipanggil gotong-royong. Bowling dan futsal sebelum ini pun aku tuang jugak.
Bukan sengaja, bukan tak suka. Aku lebih suka mendahulukan hal keluarga kecil aku. Lain kali barangkali.

Esok pagi aku ada agenda lain.
Aku perlu ke JPN Maju Junction untuk ambik MyKid Mikael yang sepatutnya aku ambil 6 hari lalu. Nanti kena denda satu hal pulak. Mau aku amok kat Pejabat Perdana Menteri!


Contoh MyKid dari website JPN

Sementelah itu juga aku akan ke Sogo sebab ada jualan murah (sale) katanya. Entah murah entah tidak aku tak tau.
Bukan, bukan shopping untuk aku, untuk Mikael. Kalau nafsu bergelodak, aku selitlah sehelai dua barang aku hahaha.

Itulah aktiviti yang aku rangka untuk esok. Setakat inilah... hari esok siapa yang tahu.

2 comments:

kookabooras said...

ha bro, mikael tu nama anak aku tuh. wan mikael iqrami eusoffe. hehehe. amacam jd papa skg? ada mengantuk?

pye:rudz said...

mau tak mengantuk!
hahaha tau... aku memang suka nama tu. tapi nama anak aku seketul mikael je.