Tuesday, January 20, 2009

MEMANG MACAM TU KE, PERASAAN AKU JE?

1. Suatu ketika dulu aku pernah dimaklumkan mengenai satu peraturan jalan raya bahawa kenderaan berat adalah dilarang menggunakan jalan-jalan utama pada waktu puncak. Alasan: Boleh menyebabkan kesesakan jalan raya. Tapi, kebelakangan ni banyak je aku tengok lori siput (lori simen), trelar 8 gandar dan constructicon (geng jahat decepticon dalam transformers) yang lain kat jalan raya pada waktu-waktu yang tak sepatutnya. Dah mansuh ke peraturan tu?


Lori siput

2. Ke mana pergi rakyat Malaysia yang berjuta-juta seperti yang dibanci tu? Kalau kat restoran, stesen minyak, tandas awam, car wash, tapak pembinaan apatah lagi dan kebanyakan tempat awam lain dipelopori oleh warga asing. Dengan izin atau tanpa izin aku tak pasti. Apa orang Malaysia dah tak boleh buat kerja-kerja tu ke? Suka dengan sikap ketuanan yang tak tentu arah? Tahukah anda dengan kebanjiran pendatang asing di negara kita bermakna aliran keluar wang kita juga banjir? Itu belum masuk aspek keselamatan, jangkitan penyakit dan lain-lain.

3. Kenapa Syabas atau TNB "suka", ya saya ulangi "SUKA" korek jalan yang baru diturap. Lepas tu kualiti penurapan semula tidak mencapai spesifikasi piawai yang betul (pada mata kasar akulah). Apa takde kerja lain ke diorang nih? Tak percaya? Bila-bila senang turun Keramat AU2 tengok.

Kenapa ek?

4 comments:

me3n said...

Satu perkara, kurap, maksud ku korap.

pye:rudz said...

dalam konteks ekspresi, kedua-duanya sesuai aku rasa hahaha

Anonymous said...

1. Tu kena tanya Jabatan Paling Jahat... hehehehe...

2. 20% dalam jel. 20% kat PEMADAM. 20% dalam pemulihan akhlak. 20% tidur siang dan merempit malam. 20% lagi dalam hospital disebabkan nombor 3... eheks...

3. Ada kaitan dengannombor 2 yang kena mengena dengan kebanjiran penduduk asing tu... eheks...

pye:rudz said...

najwa: fuh! summary yang cukup menyeluruh. memang confirm bukan perasaan gua je lah tu...