Monday, February 2, 2009

KARIPAP SARDIN

Aku dah secara rasminya menetap semula di Keramat, rumah mak aku. Alasan yang paling munasabah dewasa ini, mak aku insist nak bela Mikael. Jangan hantar nursery dulu katanya, kecik dan lembik lagi budak nih.

Berdasarkan kisah-kisah gerun yang diceritakan oleh pelabagai individu mengenai kengerian pengalaman menghantar anak mereka ke nursery, aku dan Shidah lantas setuju dengan permohonan mak aku. Walaupun aku terpaksa berulang dari Keramat ke Bangi setiap hari untuk ke pejabat.

Pagi tadi hari pertama aku. Mak aku bekalkan karipap sardin 5 ketul. Baru digoreng, masih panas. Setahu aku, inilah karipap sardin paling sedap dalam dunia pernah aku rasa. Mak aku nak up 6 ketul, aku jual mahal. Dah dalam kereta baru menyesal.

Lepas tol Kajang, tekak rasa teringin nak jamah karipap sardin yang mak aku bekalkan tadi. Aku capai satu. Panas lagi. Baik nih, getus hati kecilku. Gigitan pertama terasa agak keras. Rangup nih. Tiba-tiba, dua cebis sambal sardin yang berminyak terpacul dari kelongsong karipap tadi mengenai baju aku.

Teori tekanan lantas menerjah kepala. Karipap panas, duduk dalam aircond, tekanan dalam karipap meningkat lantas mengeraskan kelongsong karipap. Percikan sambal sardin dari dalam karipap adalah akibat pelepasan tekanan dalam karipap melalui gigitan pertama aku tadi. Wajah guru Fizik Mr. Pang Ah Man juga terbayang.

Cheh.

6 comments:

ad3ck said...

tapi karipap takda kene mengene dgn penghantaran anak2 ke nursery kan?

pye:rudz said...

ad3ck: ada... kalau aku hantar anak aku ke nursery, mungkin aku tak duduk keramat dan mungkin takkan dapat bekalan karipap dari mak aku pagi sebelum pegi kerja hehehe...

Najwa Aiman said...

Bro... sowi tak dapat menghadirkan diri majlis hari tu. Maid wa cuti hari tu, eprgi tido umah mak sedara dia.

pye:rudz said...

najwa aiman: takde hal. licin woo kambing itu ari!

ladynina said...

hello..
kan dh nyesal.. jual mahal lagik.
=P

pye:rudz said...

eh, cik nina... lama tak update belog ye? hehehehehe...