Friday, January 23, 2009

ITU BUKAN DUNIAKU



Aku pernah dulu ingin benar terjun ke dunia itu. Begitu bersungguh-sungguh sehingga aku mampu bercakap dengan diri alter ego aku. Fuh! Sampai begitu sekali keinginanku.

Aku juga pernah percaya, untuk terjun ke dunia itu, aku perlu kenal dengan orang yang berada dalam dunia itu. Inilah satu-satu bahagian yang aku paling tewas. Siapa aku untuk mereka dampingi? Apa pentingnya aku kepada mereka yang sedia ada di dunia itu? Layakkah aku kepada mereka?

Aku juga selalu gambarkan dunia itu senantiasa indah 24 jam sehari dan 365 setahun. Benarkah begitu? Sumber memberitahu ia tidak seindah yang digambarkan. Malah busuk. Aku berbelah bagi. Perlukah aku meneruskan fantasi untuk ke dunia itu atau teruskan dengan kehidupan di duniaku kini?

Setelah aku merenung dalam diri, aku mulai sedar. Itu cuma dunia fantasi yang nampaknya hidup tapi sebenarnya mati. Dunia hakiki sebenarnya ada di dalam diri kita sendiri.

Ia cuma perlu dicari.

3 comments:

Najwa Aiman said...

Semua orang kena pergi dunia tu selepas meninggalkan dunia ni... Eh... jap... Lu bercerita pasal dunia apa ni ek?

pye:rudz said...

najwa: hahahaha salah lagi... dunia sandiwara la bro

kookabooras said...

pretending! i hate pretender! well ro, kalu nak tgk gambar mikael aku bukak kat sini: www.flickr.com/photos/kookabooras