Wednesday, February 25, 2009

KENAPA AKU TAK JADI...

Pengajar?
Aku takut naik darah dengan perangai kurang diajar budak-budak sekarang. Silap-silap naik tangan dan kaki dan pembaris kuning dan lain-lain, dah jadi kes polis, kes mahkamah. Confirm aku masuk jel punya.

Programmer?
Aku memang ada background multimedia tapi part programming, hauss... Aku rasa aku cuma mempunyai daya imaginasi yang baik (at least pada pendapat aku lah kan). Aku ada kebolehan to orchestrate sesuatu proses atau scene dalam kepala hotak aku sambil mengambil kira kemungkinan-kemungkinan yang boleh berlaku. Kebolehan ke tu?



Askar?
Dengar lagu Hujan - Dugaannya.

Pelukis?
Tak cukup handal nak jadi pelukis. Tak sehandal En. Tembakau, ehhee...

Pelakon?
Huish, dulu aku memang nak sangat jadi pelakon hahaha... tapi apa kan daya hensem tak berapa nak ada. Aku bukan nak jadi macam Rochang Noor pun, dapat berlakon iklan yang lucu pun sudah memadai. Tapi kalau dapat peluang, nak jugak aku test the water.

Penyanyi?
Huh! Kat bilik air boleh lah... depan khalayak, wassalamu. Mau kena ludah atau baling botol mineral.

Pemuzik?
Aku main gitar untuk hiburkan hati sendiri. Aku akan pastikan lagu yang aku main membolehkan aku sing along. Aku rasa aku jugak boleh main bass dan deram sikit-sikit. Taklah hebat mana pun kehkehkeh...

Peniaga?
Hah! Itu memang hasrat aku. Cuma aku kena lebih serius untuk mencapai cita-cita ke arah itu. Tak lalu aku dah membuat kerja macam sekarang nih sampai pencen. Ini pun dah nak masuk 8 tahun! Besides, Rasul junjungan kita pun galakkan kita berniaga kan?

Sudahnya, aku kerja kat sebuah Institut jaga bahagian kemasukan. Aku suka jugaklah kerja nih. Interesting. Tapi taklah suka macam nak mampos! Yang penting aku mencari rezeki halal.


Nota: Korang suka dengan apa yang korang buat sekarang?

15 comments:

Najwa Aiman said...

Jadi pengacara AF le. Boring la AC Mizal tu... ayaaarrrkkk...!

zazaez said...

Saya ambil masa hampir 10 tahun sebelum jumpa apa yang saya suka buat, PSYCHO kan orang.. ;)

Nway, u should do the TAG. Boleh bagi kesedaran pada mereka di sekeliling.. ;)

Hanis Zalikha said...
This comment has been removed by the author.
NaniRostam said...

Ala jual aiskrim macam akak je...Kalau tahan penat, okey jer...Modal tak banyak, kepala tak fenin...


Seronok layan customer budak-budak...

"Cik nak epal cik, cik soda ada cik, cik gula masam satu berapa cik?"

" Tapi jenuh juga nak kawal, sebab ramai yang noti suka panjang tangan"

pye:rudz said...

najwa aiman: pengacara AF eh? next year lah try. this year dah fixed dah.

zazaez: ...but at least jumpa jugak kan? ehhee...

kak nani: fuh! menarik jugak idea tu. tapi saya nak bawak one step further, francais kan bisnes tu. amcam kak?

ad3ck said...

cakap pasal budak kurang ajar neh, hari tuh kawan ku cerita apa yg berlaku kat kawan dia:

pelajar: cikgu, cikgu nak kopi?
cikgu: kopi apa?
pelajar: ko pikir lah sendiri.

so, keadaan macam tuh memang mengundang pelempang haha.

pye:rudz said...

ad3ck: that example of yours is what i'm talking about. pemanjangan isu: salah siapa? ibu bapa, kerana pendidikan bermula di rumah? nabil raja lawak? astro, kerana melahirkan nabil? guru, kerana bergelak bersama lawak kurang aajr tersebut? siapa? siapa?
sebab tu aku taknak jadi cikgu.

Kotak Keranda said...

wajib la wa sker apa yg wa buat skang. kalu tak bpk wa dah lama suh jadi pengajar. sib baik wa tk jadi pengajar..sbb nanti anak murid wa jd kurang ajar. benda yg wa sker buat slalunya org tua wa mmg tak sker.

ez said...

brother ni cukup pandai bemain gita sambil mengalunkan lagu that thing you do hihi..

pye:rudz said...

kotak keranda: biasanya memang macam tu lah...

ez: shhh... jangan cakap kuat-kuat nanti orang dengar bro, malu gua

raddy said...

hehehe... ni la dia orang2 tua kata kat aku krisis umor 30.. masa ni mesti start pikir nak berenti keje, carik keje lain la, nak jadi bisnesman la... biasa tu.. orang kata kat aku la.. dan aku rasa ada betulnya.. ( pasal aku pun pikir gak..hehehe)

tapi bab berniaga tu memang betul, memang 9/10 rezeki adalah dari perniagaan.. aku yang bisnes "hidup segan mampos tak mau" pun ada gak la merasa hasilnye..hehehe

tapi biasala, semua orang nak rebut yang 1/10 tuh, termasuk la aku..hehehehe...

Lynn said...

Saya suka apa yang saya buat sekarang. :) But before that, I was stuck in a job I loathed so much for almost 6 years. Sufferrr

Bottom line - sabar itu separuh daripada iman. Hehe

pye:rudz said...

raddy: macam ustaz izi haji ali lah kau cakap... kehkehkeh...

lynn: masa saya mungkin belum tiba barangkali...

tembakau said...

selama seploh tahun aku tulis pelbagai kerjaya pilihan dlm ruang cita2 (kad sekolah.
antara pilihan nombor satu ialah, arkeologis, pegawai tadbir diplomat(haha!). masuk tingkat 4, 5 aku tulis "remiser".
pilihan nombor dua jugak yg kesampaian.

pye:rudz said...

tembakau: huish. aku dulu, tak polis, tentera, bomba. pusing-pusing kat situ je cita-cita aku.