Thursday, February 5, 2009

ME AGAINST THE WORLD

Ini adalah penceritaan mengikut perspektif aku.

Babak 1

Aku hendak cocok duit kat ATM. Depan ada orang. Belakang pun ada orang. Aku biasanya akan beratur dalam jarak sekitar 2-3 kaki (ukuran jarak, bukannya bilangan kaki) di belakang orang depan yang sedang mencocok duit di ATM. Hormat privacy mereka.

Orang depan selesai. Giliran aku pula. Orang belakang aku beratur 5cm belakang aku.

Aku toleh, "Kau nak tolong cocokkan duit aku ke?"


Babak 2

Aku nak cepat. Aku takde masa nak lambat-lambat lebih-lebih lagi kalau dah bawak banyak beg plastik akibat shopping dan jumlah berat keseluruhan plastik sedia ada di tangan adalah sangat berat. Aku singgah kedai ni hanya untuk membeli snore-reducing nasal strip yang pada aku tak berapa penting. Ya, aku tidur berdengkur sampai Mikael boleh terkejut tengah malam hahaha.

Minah cashier terhiling-hiling, tergaru-garu kepala. Depan aku ada satu customer. Juga hanya membeli satu barang yang aku kira tak berapa penting. Saja nak activate kad kredit baru barangkali.

5 minit, 6 minit, 7 minit tak sudah jugak orang depan aku. Minah cashier masih dengan gaya yang sama iaitu terhiling-hiling dan tergaru-garu kepala. Aku tinggal barang kat kaunter lantas berlalu pergi.

Dalam hati, "Kau letak balik sendiri barang nih!"


Babak 3

Bila di pejabat aku expect persekitaran yang professional. Formal. Ini waktu berkerja bukan waktu bermain polis sentri atau teng-teng. Tiba-tiba telefon pejabat berbunyi, "Bang, saya nak tanya, blablabla... (membebel tanpa salam perkenalan)".

Aku jawab, "Err... bila masa saya jadi abang awak?"


Babak 4

Aku ke tandas awam untuk menari shuffle. Hahaha! Ada ke menari shuffle. Buat apa lagi kalau ke tandas. Tunai hajat lah. Selak je daun pintu, "Tak boleh masuk bang, tengah basuh" kata minah Indon yang tengah buat hapa aku pun tak tau. Kering je lantai tandas tu. Basuh mende? Lagipun, aku hanya membawa hajat yang kecil. Aku masih tegak memerhati. Minah Indon tu membebel lagi.

Aku tanya dia, "Awak nak saya buang air kat atas lantai ni ke, atau dalam mangkuk tandas nih?"


Nota: Kacip tak entri dengan tajuknya? Hahaha.

9 comments:

Najwa Aiman said...

Masih misteri ni. Minah cashier tu sebenarnya kenapa? Cari Supervisor ke? Dia cun tak?

pye:rudz said...

hahaha. tak berapa chun lah, sebab tu gua blah hahaha... ntah kenapa kusut ntah minah tu. lupa passcode cash register gamaknya.

ziahlicious said...

ahahahahahahahahahaahhahaha! aku bukan sendiri di muka bumi ini..... i'm not alone!!!! lagi satu bende yg buat aku angin, kita nak beli/tengok2 brg, sales person tu ikut kita mcm kita pencuri... terus hilang mood nak beli brg...

Pyanhabib said...

keh keh keh!

pye:rudz said...

ziah: itu pun bikin panas jugak tu.

brader pyanhabib: hahaha lu pun suka ke? kehkehkeh

kookabooras said...

cash deposit machine:

agaknye akauntant kilang nak bank in kan semua gaji pekerja kilang die pakai cash kut. aku berbulu je tunggu malaun masukkan duit byk2, lain2 akaun lak tu. gi kaunter la wei!!!

untuk maklumat lanjut pasal persatuan penduduk kampung aku:

www.desamutiara.blogspot.com

pye:rudz said...

kookabooras: hahahaha barangkali jugak lah nak masukkan gaji semua pekerja di guna CDM. e'eh, sempat pulak ko promo persatuan penduduk ko eh?

ad3ck said...

makcik cleaner tmpt ku keje dulu pong esek membebel tak tentu pasal. bukannya aku berak dalam baldi sabun dia. bengang tol.

kookabooras said...

tu blog rebel tu bro