Wednesday, March 18, 2009

B4

Di suatu petang Jumaat yang tak berapa hening, kami semua diarah ke dorm B4. Ia terletak di Blok B. Aku pada ketika itu menginap di A5. Blok dan bilik yang bertentangan tepat dengan B4. Takde masalah. Senapas je dah sampai. Tapi aku kesian pada kawan-kawan yang menginap di blok lain. Kebarangkalian untuk mereka lewat tiba amatlah tinggi. Kalau lambat, dah tentu kena.

Kami yang sudahpun berkumpul dalam B4 masing-masing dalam kekeliruan. Pada masa yang sama kedengaran bunyi tapak kaki larian kelam-kabut di tingkat bawah menaiki tangga. Kawan-kawan aku lah tu.

B4 ialah dorm senior yang paling digeruni pada masa itu. Barangsiapa yang dipanggil ke B4 pasti nahas. Tak kiralah kena pow ke, kena kemas bilik ke, kena picit badan senior ke, kena hantar makanan ke atau apa-apa sahaja arahan yang menyakitkan hati. Kami tidak boleh melawan kerana kami Form 1 dan mereka Form 5. Kami kecil dan mereka besar. Kami takut dan mereka berani. Pada masa itulah.

Di dalam B4 kami disuruh beratur. Semua kami satu batch disuruh beratur dalam dorm itu. Tiba-tiba soalan dari Gayah (salah seorang senior yang amat digeruni namun dia adalah star main bola & ragbi) berbunyi,

"Siapa monchoi (mengadu) kat HM (HeadMaster) Form 5 anor (isap rokok) dalam tren ke Selatan?"

"Baik korang mengaku!" bentaknya lagi.

Kami semua terpinga-pinga tidak tahu nak jawab apa. Aku lagilah tak tau langsung. Dah tentu aku naik bas SKS balik KL. Apa barang aku nak naik tren pegi Selatan? Selatan pulak tu!

"Siapa monchoi kat HM mengaku skarang!" ntah sapa pulak bersuara menjerit-jerit.

Dalam masa yang sama ada pulak malaun yang buat-buat terajang locker dan tendang tong sampah. Nak kasi gerun lebih lah konon.

Kami masih bungkam dan ada yang saling toleh-menoleh antara satu sama lain tanda tidak faham dan takut pun ada.

"Kalau korang taknak mengaku, ketuk-ketampi (ear squats) 100 skarang!"

Dan kami pun ketuk-ketampi beramai-ramai. Sesi soal-jawab di atas berlangsung entah berapa lama dan masih tiada jawapan. Dan menurut perkiraan aku adalah sekitar 450 kali kami kena ketuk-ketampi. Namun, sampai ke sudah mereka tidak tahu siapa yang monchoi kat HM.

Bosan dengan ketiadaan jawapan, maka kami disuruh balik dengan cara BERJALAN ITIK sampai ke dorm masing-masing. Gampang betul arahan tersebut. Sekali lagi aku kesiankan kawan-kawan aku yang duduk di blok lain. Dahlah jauh. Kena turun-naik tangga lagi. Gampang sungguh mereka itu.

Dan pagi esoknya, aku rasa kaki aku macam diikat dengan seekor lembu setiap satu. Sakit nak berjalan dan turun-naik tangga toksah cerita.

11 comments:

ad3ck said...

Aku rasa nak carik balik senior yang belagak macam bagus dulu. Nak 'tanya kabar'. Hehe.

sevven said...

Aku tak ingat pasal ni. Agaknya aku escape kot...
:P

Najwa Aiman said...

Wa langsung tak ada memori pasal hal ni la... Dah cuba ingat seluruh kudrat tapi masih tak dapat nak ingat. Wa dah hilang ingatan ke? Ekekekekekekeke...

pye:rudz said...

ad3ck: aku ada 2 orang yang aku mark. memang kalau jumpa aku nak berentap punya. apa nak jadi, jadilah (hins hins sambil idung kembang-kuncup).

sevven: haha iyelah tu kau escape. siot...

najwa aiman: dah tua lah tu namanya... ehhee...

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

patut lu smackdown je senior lu tu..masa skrg la...itu pun kalo lu jumpa la..

pye:rudz said...

memang itu yang aku hajatkan. one-to-one lagi!

tembakau said...

jgn gado2 tak baik...selaku seorg senior yg ringan tangan membuli jr sesungguhnya kini aku rasa sungguh menyesal atas kelzaliman aku suatu masa dahulu....


eheee

pye:rudz said...

tembakau: setuju... tapi yang dua ekor nih memang aku sangat tidak berpuas hati. carik pasal ntah ape ape. chis bedebah (dendam kesumat).

kookabooras said...

aku ade penah jumpe senior yg ragging aku dulu. sekarang dah jd budak kontrektor aku. dulu ganas, skrg selalu je kene kutuk2 dgn org. (KARMA?). mule2 aku jumpe die mcm nak belasah je, tp lepas je aku tau die selalu kene buli ngan geng2 die, aku jd kesian.

pye:rudz said...

memang padanlah dengan muka dia.

Anonymous said...

mmg wa tak puas hati!! dah la baru report masuk (2nd batch la katakan, tak pandai cam ko budak 1st batch)... mak bapak baru je balik, dah kena! kimex tol! pesal la korang monchoi depa nak isap rokok ke? kalau isap ko*ek ke lain la.. besar2 korang pun isap rokok gak.... sheesh!

MFN