Tuesday, March 17, 2009

APA JADI?

Israel serang Palestin. Banyak kematian insan tak berdosa. Ada yang kata genocide, holocaust, massive killing dan semuanya membawa maksud yang lebih kurang sama iaitu pembunuhan dan kematian.

Seperti biasa, bila berlaku sesuatu berkaitan kekejaman Israel, orang kita mula melaungkan kempen memboikot produk yang ada kaitan dengan Israel. Pengeluar produk-produk yang diboikot ni menyumbang kepada pembunuhan di Palestin katanya. Macam mana tu? Melalui penyaluran dana keuntungan menjual produklah. Ooo...

Kita memang tak boleh nafikan bahawa Yahudi yang mengawal ekonomi dunia dan tidak keterlaluan jika aku katakan mereka yang mengawal dunia hari ini (bukan dalam konteks Pencipta). Kebanyakan perkara yang kita guna, tonton, puja dan dengar adalah ciptaan Yahudi. Nak buat macam mana? Dah memang mereka dikurniakan kecantikan dan kebijaksanaan akal sejak azali lagi.





Berbalik kepada boikot. Aku terus-terang cakap memang seorang penggemar tegar McDonald's dan Starbucks Coffee. Alah, ada antara korang pun sama kan? Jangan nak bohonglah. Namun, alhamdulillah hingga ke hari ini, aku rasa dah ntah berapa bulan aku tak jamah burger McD dan kopi Starbucks. Sticker VIP Drive-Thru McD pun aku dah cabut dari windshield kereta aku.

Aku serius memboikot dua produk nih sebab rasanya ini saja yang termampu aku lakukan buat masa ini. Korang macam mana? Boikot serius ke boikot-boikot ayam?


Nota: Rasanya aku OK je tak makan kat McD atau minum kat Starbucks.

10 comments:

tembakau said...

aku last sekali makan prosperity burger harga 18 hyingget-masih terasa sos blackpepper tu sampai skrg...



eheee

pye:rudz said...

itu memang favourite aku tuh! tambah pulak dengan curly fries dia yang bersalut tepung dan berempah tu, pergh! boleh mengigau malam beb!

ad3ck said...

McD mmg ku boikot habis-habisan, Starbucks pula mmg ku tak pernah ke sana sejak lahir.

Tabik kepada semua yang memboikot cuma jgn hangat2 taik ayamlah.

Nota: Kalau boleh boikot McD dan Starbucks yang ko dulu cintai, mesti boleh boikot rokok jugak kan? ehehe.

pearl said...

turun aje lif to have lunch MC D kat sebelah kiri...sekarang pulak dgn mc value 5.95..mmg susah nak resists. Dah tu semalam tgk ad starbucks breakfast set 6.95 dapat coffee and breakfast..mcm nak try aje... tapi akan ku coba untuk tidak membeli..;0 insyallah..

betul jugak tu..mungkin lepas ni cuba boikot rokok pulak..hehe

pye:rudz said...

ad3ck: boikot rokok dalam usaha. skarang aku dalam tahap 2 kotak seminggu. dalam proses untuk berhenti terus.

pearl: promosi tu nak attract customer lah tu. nampak sangat teruk sales diorang skarang nih.

Najwa Aiman said...

Nasib baik aku tak cukup duit nak beli tu semua... dan aku malas nak beratur... ekekekekekeke... Eh? Tapi ni tak dikira boikot ek? Aku tak beli sebab tak ada duit bukan sebab boikot. So kira boikot juga atau boikot secara tak langsung ek?

ziahlicious said...

aku pun dah lama x makan mcd... starbucks adalah kelemahan ku... iskiskisk...

pye:rudz said...

najwa aiman: boleh jugaklah kot dikira boikot hehehe...

ziah: jiwa kena kental sikit beb

kookabooras said...

alhamdulillah aku dah dekat 4 bulan x mkn mcd, starbuck n brg2 yg memberi faedah kepada israel. sape yg masih lg beli/mkn mcd tu igt2 la. korg x rase ke setiap sen yg korg belanja tu digunakan utk bli peluru utk tembak org islam palestin? mcm mane rase properety burger daging org palestin? sedap???

Anonymous said...

hahah... aku ada one t-shirt 'starfucks coffee'.. nak?

MFN