Wednesday, April 15, 2009

BUAYA

Aku suka footwear ini. Crocs. And I'm wearing one which I bought... sorry, can't remember when. It was a long time ago.

Sekarang Crocs aku seakan menuntut untuk di"rehat"kan. Kemuncaknya ialah apabila aku hampir tergelincus di nursery sewaktu menghantar Mikael akibat lantai yang berlumut. Nasib baik juga aku tidak mendukung Mikael tatkala itu.

Shidah dengan murah hatinya telah meng"offer" untuk membelikan aku Crocs yang baru. Yeay! Aku hanya tersenyum sampai ke cuping telinga. Bestnya. Dan itu ari kitorang pergilah singgah di outlet Crocs yang terletak di IKANO selepas bershopping lebih kurang di IKEA. Model yang aku minat ada. Off-Road namanya. Tapi kaler ya rabbi... macam gampang. Aku pun tak mau memaksa diri untuk membeli warna yang aku tak minat. Raddy dan Angah dah pakai hitam. Nasib baik aku tak berapa nak minat warna hitam.

Aku tau ada outlet lain kat KL nih, tapi mengenangkan ntah bila aku nak ke Mid Valley ataupun KLCC, maka aku dengan jakunnya chekidaut untuk purchase secara dalam talian (online). Pergh! Ada! Free shipping lagi! Within Malaysia lah. Of course korang kena pegi website Crocs Malaysia.

Aku pun godek punya godek dan terus order. Lembab sikitlah, jakun kan? I've never purchased anything online before. Ada rasa takut sikitlah, kang kena clone pulak credit card aku, masak! Tapi kali ni entah kenapa perasaan yakin-boleh terlebih pulak, aku pun tak tau.



Dan sekarang aku tak sabar menunggu Crocs aku yang baru tiba. Lambatnya... (ey bongok, bukan kau baru order pagi tadi ke?).

8 comments:

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

lu layan warna oren je bro..

Najwa Aiman said...

Pink! Pink! merah jambu! Supaya jambu. Kalau pergi masjid orang curi dari jauh boleh nampak.

tembakau said...

ehe aku punya kaler biru tu nyaris2 hilang kat hotel ari tu...itupun tahap sikit lagi nak tergelincus jugak.
bole kita tubuhkan kelab kerok m'sia

Lynn said...

some people think it's ugly, but i don't care cuz they are sooo comfyyyyy. the best part is senang cuci, senang kering. great for travelling, kan? I'm still using my grey Mary Janes, even to work :)

eh tapi kan, mmg Crocs agak slippery la. sometimes even walking in a shopping mall, boleh cam nak terjatuh. or is it because of wear & tear? (read: time to get new one? hehe)

p.s: OU pun ada kedai Crocs wattt

pye:rudz said...

a.k.u.p.e.n.t.o.i: tak boleh flasy sangat aku kengkadang lupa bawak stokin gi opis, lalu aku sarung crocs hahahaha serius!

najwa aiman: geli gila kaler pink untuk lelaki ehhee...

tembakau: chekidaut website crocs US. ada tapak khas anti-slip. tak tau lah dah sampai sini ke belum.

lynn: hehehe i still remember your mary jane's crocs yang ada jibbitz tu, kan? and yeah, it's time to buy a new pair kalau dah slipping chenggitu.

Kotak Keranda said...

hidup 'buaya malaysia'..!!

Labu-Labi said...

ohh..selipar tu crocs punye ke?? apesal akunye ada cap asadi?? hehe..

naziah said...

crocs baru aku kaler hijau daun pisang... heh...