Tuesday, April 21, 2009

TAMAN GEMALAI


Ini bukan Taman Gemalai.

Taman Gemalai merupakan sebuah taman ilmu dan bukan Taman Astakona atau Taman Melawati mahupun Taman Keramat. Taman ini sudah wujud hampir 20 tahun tapi belum 20 tahun lagi.

Dahulu taman ini dikhabarkan sangat indah, hebat dan tiada tolok bandingnya. Tak percaya, cuba ukur dengan jangka tolok ataupun tolok hujan. Confirm tak dapat. Malah kehebatan dan keindahannya bukanlah khayalan semata dan bukan juga khayalan... menjelma... ketika fikiran... teringatkan Black Dog Bone. Taman Gemalai juga pernah mendapat anugerah taman terbaik suatu masa dulu.

Seperti taman-taman biasa yang lain, orang asli Taman Gemalai memang tidak boleh maju dengan sendiri. Maka AJK taman dibantu oleh perunding luar yang hebat katanya. Memang mereka hebat pun! Tapi perunding tak boleh membantu selama-lamanya, nanti berkulat. Maka kini, tinggallah orang asli Taman Gemalai yang menguruskan sendiri taman ini.

Taman Gemalai sekarang ada 5 AJK Tertinggi taman dan dibantu oleh beberapa AJK lain. AJK dilantik berdasarkan rasa suka hati Pengerusi taman. Mereka tiada perlu mengambil sebarang peperiksaan. Kriteria yang penting ialah pandai pasang kipas. Sebarang jenis kipas. Walaupun calon tersebut tidak tahu langsung apa kejadahnya tugas seseorang AJK itu. Hebat bukan?

Hasilnya, Taman Gemalai tidak lagi hebat seperti dulu. Semua cerita kemegahan hanya tinggal cerita sahaja. Taman Gemalai dilihat seakan sebuah kapal yang terumbang-ambing di tengah lautan realiti dengan nakhoda yang tiada berkualiti.

Namun, para AJK Taman Gemalai masih tiada kesedaran yang tinggi di atas kelemahan ini. Mereka masih mendabik dada meninggi walhal di belakang mereka dicaci. Penduduk Taman Gemalai kini semakin benci tapi apakan daya sudah suratan begini.

Kadangkala, ingin rasanya orang asli Taman Gemalai melihat taman kesayangan mereka ini digabungkan dengan taman-taman lain. Mungkin ini keterlaluan. Tapi, sikap para AJK yang melampaui toleransi sudah tidak dapat diterima lagi.

Apakah nasib Taman Gemalai?
Apakah nasib orang asli Taman Gemalai?

Tidak perlulah difikirkan nasib AJK Taman Gemalai.

9 comments:

kookabooras said...

mane ni bro? taman gemalai mcm belalai je bunyi die. aku pon x puas ati gak ngan persatuan penduduk taman aku. ko check la blog ketidakpuashatian aku:

www.desamutiara.blogspot.com

kookabooras said...

mane ni bro? taman gemalai mcm belalai je bunyi die. aku pon x puas ati gak ngan persatuan penduduk taman aku. ko check la blog ketidakpuashatian aku:

www.desamutiara.blogspot.com

Kotak Keranda said...

hikhikhik..berzikir kew?

Najwa Aiman said...

Ekekekekekekeke...! Aku tau! Akju tau kat mana Taman GeMalaI ni! Aku tau!

tembakau said...

sungguh retorik, saudara...

Najwa Aiman said...

Tumpang tanya sket... Menatang haper Night Mask tu?

pye:rudz said...

kookabooras: huish, blog itu memang penuh rasa benci dihati

kotak keranda: apa salahnya? ehhee...

najwa aiman: syyy... hah? night mask? the mask filem jim carey taulah.

tembakau: kadangkala aku memang begitu

Labu-Labi said...

Ko yg AJK ke penduduk asli tu pye?? hehe...

pye:rudz said...

yang asli. kalau ajk nko ingat aku tulis chenggini? ehhee...