Monday, April 20, 2009

YOU TOO, YOUR HIGHNESS

Sultan Pahang seru rakyat berjimat cermat
20/04/2009 1:56pm


KUANTAN 20 April — Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah menyeru rakyat supaya berjimat cermat dan berhemat dalam perbelanjaan harian serta berbelanja mengikut kemampuan ketika harga barangan naik mendadak ekoran kesan kemelesetan ekonomi global masa kini.


Baginda bertitah Malaysia tidak terkecuali menerima kesan kegawatan ekonomi apabila pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar menguncup, eksport menurun, kemerosotan kemasukan pelaburan asing dan swasta serta pemberhentian kerja dalam sektor swasta dijangka berlaku dan meningkat.


“Harga barangan yang mendadak naik dan pendapatan rakyat yang mengecil mendatangkan beban kepada rakyat, justeru beta menyeru semua rakyat supaya berjimat cermat,” titah baginda ketika merasmikan pembukaan Persidangan Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Pahang ke-12 di Wisma Sri Pahang di sini hari ini. - Bernama



Nota: Tiada siapapun sepatutnya terkecuali.

7 comments:

tembakau said...

eheemm...ehemmm...(toleh kirikanan)suatu masa dulu, mereka aku letak tinggi dalam senarai the respected. tapi kini...dema pun so-so je lah nampaknya...huhuhu...

sevven said...

To be fair, he did say "berbelanja mengikut kemampuan". Kalau dah mampu belanja la ikut suka hati.

Kotak Keranda said...

angguk-hanggok..geleng-menggeleng, tunduk-lentok..duhhh?!~~

Kotak Keranda said...

angguk-hanggok..geleng-menggeleng, tunduk-lentok..duhhh?!~~

Najwa Aiman said...

Lorrr... ingat ke baginda tuanku nak bertitah kepada penjual dan pembekal suruh turunkan harga tadik... alahai...

pye:rudz said...

tembakau: hehehehe... cuba tengok belakang kau, kot ada orang standby nak tembak gas pemedih mata hehehehe

sevven: you're missing the point bro. kita rakyat jelata kerapkali dan sampai jelak disuruh berjimat dalam berbelanja. how about them? tengok porch kereta diorang sudahlah...

kotak keranda: berzikir ke hape?

najwa aiman: in your dreams...

sevven said...

On the contrary, I think you are missing the point. :P