Friday, May 15, 2009

CAFE

Aku akan bersarapan di cafe depan ofis aku hampir setiap hari. Melainkan tekak aku ada selera nak makan di tempat lain, yang biasanya jauh dari ofis. Alang-alang dah makan kat luar tu, pegilah jauh sikit kan?

Cafe depan ofis aku ni di "run" oleh anak-beranak. Aku tak pernah tanya pun tapi aku tengok muka diorang "sepesen" je semua maka teruslah aku buat rumusan bahawa cafe itu adalah bisnes keluarga. Jabatan cashier dia letak anak perempuan dia. Tinggi besar woh. Siapa berani masuk lah hahaha.

Diorang ni bukak cafe sama macam time aku datang kerja iaitu 730 pagi. Apa barang? Itu yang selalu time aku nak makan pagi dalam pukul 815 pagi ntah hapa-hapa je yang dipaparkan. Sudahnya, aku akan turun makan jam 825 pagi. 10 minit grace period. Pun kadang-kadang gampang tak siap lagi.

Seperti kelazimannya, aku ambik makanan, order air, tanya berapa hengget semua tiba-tiba...

***

Kedengaran hentakan tapak kasut dengan gaya berlari yang kelam-kabut dari pintu masuk ofis ke wing belakang ofis. Senyap. Dan bunyi kelam-kabut tadi ke depan balik. Sampai cafe.



Berapa ringgit tadi? Aku tanya cashier tu sambil menyeluk dompet yang baru aku ambik dari ofis tadi sambil menyedut teh o ais yang berpeluh di atas kaunter akibat penat berlari.

10 comments:

Najwa Aiman said...

Huh??? Misteri... misteri! Gapo dio nih?

ladynina said...

hahhaaa... apa daa tertinggal.. =P

sevven said...

nasib baik tak tinggal kat rumah...

pye:rudz said...

najwa aimn: baca balik.

ladynina: ehhee... pergh, tenggelam-tenggelam timbul iye cik nina?

pye:rudz said...

sevven: kau tak tau dia punya cemas + malu itu jam kehkehkeh...

Lynn said...

nasib baik dekat je. and regular customer hehe

Labu-Labi said...

kalau tinggal kat umah xpe sevven...org rumah kan ada skali kat opis...

Kotak Keranda said...

pegi cafe tak bwk wang ke? huhuu? atau, masa org tu anta air.. C.O.D. ? pastu air kena tunggu kat kaunter sbb customer tak bwk wang. kahkahkahkah..weh! mcm tu ka storynya? itu yg wa paham siot.

pye:rudz said...

lynn: nasib baiklah...

labu-labi: bini gua tak bawak duit masa tu.

kotak keranda: ini cerita kat cafe la nih... duit tertinggal kat opis.

Datin Paduka Bokbong said...

hehehe..
btl2 kelakar..suspen jek baca td!
xD