Monday, May 18, 2009

KLINIK FAMILI, SETIAWANGSA

Badan gua memang tak fit langsung Sabtu itu ari. Kepala pening. Suhu badan pun boleh tahan panas. Ini petanda nak demam lah ni. Gua bantai tidur sepanjang tengah hari di rumah mak gua. Memang tidur mati.

Gua sedar dah pukul berapa ntah tak tau. Tapi belum malam lagi. Cargas gua turun tapi macam orang mabuk terhuyung-hayang. Akibat sakit kepala. Kena gerak jugak nih, kang apa kata mak mertua. Minggu ni giliran tidur di rumah mertua, belakang aku pengsan kat rumah mak aku separuh hari. Apa cerita?

***



Klinik ni memang terkenal lembabnya di kalangan aku dan rakan-rakan opis. Banyak berbual doktor dia. Dia tak tau ke kat luar ni orang dah ramai macam nak beli tiket wayang Jurassic Park masa tahun 1993 dulu?

Ada dua beradik ni bukan main ligat ya rabbi. Berlari sana, berlari sini. Terjerit sana, terjerit sini. Memanjat sana, memanjat sini. Aku yang demam dan sakit kepala ni rasa makin demam dibuatnya. Mak dia punya malu sampai bawak anak dia tunggu kat luar klinik. Bapak dia ntah ke mana. Mengorat awek FotoZoom kot hahaha.

Sampailah giliran dua beradik ni ambik ubat. Mak dengan bapak dia kat kaunter, dua beradik ni sibuk main pintu masuk itu jam. Berat pintu kaca tu. Main punya main sampai jari si abang tersepit. Dia menjerit-jerit. Bapak dia kelam-kabut bukak pintu tu sambil ugut nak lempang anak dia. Padahal aku tau bapak dia cuak dan main-main je bagi amaran keras tu.

Kihkihkih gua tergelak dalam hati sambil menunjukkan logo kacang mengelembu jenama Ngan Yin pada budak yang jarinya tersepit itu.

7 comments:

tembakau said...

aku tengok jurassic park ka wayng je 6 kali. ko?

pye:rudz said...

tembakau: satu kali je beb. tak lalu aku beratur, macam merusuh masing-masing. kat seremban masa tu. panggung kat seremban kau tau je lah, haram tak best. itu jam laa...

Najwa Aiman said...

ang sakit tu siapa? bebudak tu, maknya atau bapaknya?

Selinap said...
This comment has been removed by the author.
pye:rudz said...

hehehe... anaknya. rasanya kena inject vaksin je kot.

Anonymous said...

klinik ni mmg lembab, tu pasal tak ramai pesakit. aku dah pegi sekali.. doktor lelaki tu byk berbual dan menerawang... tah hapa tah sampai cerita dia out of scope...

Anonymous said...

It is also possible Abercrombie and Fitch today to create your Abercrombie own custom polo shirts Abercrombie Sale wherein you can have your Cheap Abercrombie own logo embroidered Abercrombie outlet on the front of the shirt. abercrombie Jeans These custom polos are ideal for companies that are hosting an event of some kind. Abercrombie Pants They are also great to give away as promotional Abercrombie Tees items to company personnel for work well done. Clubs of all types take advantage of
Abercrombie Shorts custom polo shirts as do sports teams who wish to have all members Abercrombie Sweaters dressed the same when traveling together. Customized shirts are also great to use as staff clothing or uniforms for pubs, restaurants, hotels and a wide variety of other types of businesses.One of the most popular companies in business today that offers the custom polo shirts is LEADapparel. This online retailer offers custom embroidery services on orders of twelve or more shirts. The embroidery done is perfect and of the highest quality. Orders are processed quickly and shipped out within just a few days.