Tuesday, May 19, 2009

TIDAK LAGI

Mak aku memang semulajadinya suka bagi orang makan. Tak kiralah siapa datang rumah pun, kalau timing tetamu tu tepat atau sipi-sipi waktu makan, seboleh-boleh mak aku akan jamu makan. Makan apa jangan kira. Jam-jam tu jugak dia cuba goreng apa ada. Tak pun, kitorang yang akan jadi mangsa kena beli makanan kat mana-mana.

Itu bab tetamu. Korang tak pikir bab anak-anak dia pulak? Mak aku kalau tengok anak-anak ramai je kat rumah (kebetulan semua balik kerja serentak sebab nak layan Mikael), dia mulalah nak goreng ntah hapa-hapa. Tak pun, dia dah ready awal-awal dengan membeli sajian minum petang sebelum kitorang balik.

***

Masa Mikael tak sihat itu ari kitorang memang duduk Keramat seminggu. Tiap-tiap hari balik ada je sajian minum petang. Kengkadang ada goreng pisang, ada keladi goreng. Kalau hari Rabu meriah sikit sebab ada pasar malam, maka adalah popiah basah dan apam balik. Kengkadang nugget pun jadi!

Tapi satu hari tu, gua bukak tudung saji, takde sajian minum petang yang konvensional. Perut pulak jam-jam tu nak main wisel. Tiba-tiba mak gua bersuara dari dapur, "Tu ada BigMac sorang satu. Air dia dalam peti ais. Makanlah".

Gua terkedu kejap. Macam mana ni? Aku dahlah tengah boikot McDonald's nih. Kang tak makan durhaka pulak...

***

Malam tadi.

Gua memang handal sebab mampu menghabiskan sebijik Chicken McDeluxe tak sampai 7 minit malam tadi. Kalau tak sebab BigMac itu ari, jangan harap aku dapat bedal burger nih.


Nota: Jangan durhaka pada ibu bapa.

9 comments:

naziahnawawie said...

Itu memang hobi org2 tua. Mak aku pun sama. Segala benda mau digoreng kalau ada tetamu... Sampai dia beli freezer khas utk simpan kuih2 frozen buat stock...

ez said...

pasar malam hari rabu?

Kotak Keranda said...

iskk. ni yg buat wa terliur nak gi umah aleng nehh!! smer mak dia masak mmg sedap. kalu dpt lunch double-cheese burger & sundaes choc..layan gak.

Najwa Aiman said...

Cet! Alasan...!

pye:rudz said...

naziah: happy mother's day to our mothers

ez: yang kat flat columbia tu lah...

kotak keranda: hehehe terima kaseh, tapi dia tak boleh lah buat double cheeseburger ngan choc sundae. ehhee...

najwa aiman: kehkehkeh... jangan marah haa...

sevven said...

McD should pay your mother money!

pye:rudz said...

sevven: hahaha... royalty kan?

kookabooras said...

nak di luah mati mak, nak di telan, kenyang pulak mkan Big Mc. camno tu? hehehe

Labu-Labi said...

Aku masih ingat lagi masakan kuey tiow kerang mak ko time raya 14 tahun lepas....hehe...lamanya aku tak raya rumah mak ko..